Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn Bhd (PHREC) mengambil keputusan menghentikan sementara waktu pembinaan stesen hidro elektrik mini di sini.
Ketua Pengawai Operasi PHREC, Syed Amir Nidzamuddin Syed Abu Hussin berkata keputusan itu dicapai bagi memastikan wujudnya situasi menang-menang antara penduduk Orang Asli, pemaju serta Kerajaan Negeri Perak.
Malah, pihaknya juga akan menjalankan kajian semula impak pembinaan projek tersebut bagi memastikan segala isu-isu yang dibangkitkan Orang Asli dapat diselesaikan segera.
"Kami di pihak PHREC mendengar rintihan serta isu-isu yang dibangkitkan Orang Asli di kawasan-kawasan projek. Buat masa ini, pembinaan hidro elektrik mini di Ulu Slim akan dihentikan buat sementara waktu.
"Kita akan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk melakukan kajian semula dan kita lihat apa isu-isu yang dibangkitkan Orang Asli dan kita selesaikan semuanya sekaligus projek ini dapat diteruskan bagi manfaat syarikat, kerajaan negeri dan masyarakat setempat," ujarnya ketika ditemui media di Pos Bersih di sini semalam.
Tambahnya, projek bernilai RM60 juta yang dibina itu dijangka siap penghujung tahun ini.
Pada 21 Februari lalu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan satu kajian teliti diadakan terhadap projek pembinaan hidro elektrik mini tersebut yang telah menerima tentangan segelintir masyarakat Orang Asli.
Katanya, hasil kajian itu nanti akan diperhalusi secara komprehensif oleh kerajaan negeri sebelum apa-apa keputusan dibuat.
Harits Asyraf Hasnan
Mon May 07 2018

Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn.Bhd (PHREC) mengambil keputusan menghentikan sementara waktu pembinaan stesen hidro elektrik mini di Ulu Slim, Perak - Foto Astro AWANI

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

PHREC henti sementara pembinaan stesen hidro elektrik mini Ulu Slim
Keputusan itu dicapai PHREC bagi memastikan wujudnya situasi menang-menang antara penduduk Orang Asli, pemaju serta Kerajaan Negeri Perak.