Restoran ikonik A&W yang dilengkapi dengan khidmat pandu lalu di Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup mulai 1 Januari 2016 untuk memberi peluang kepada pembangunan baru.
Perkara ini telah diumumkan oleh A&W Malaysia menerusi laman Facebook rasminya.
Menerusi kenyataan Facebook itu, restoran makanan segera francais tersebut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan serta mengumumkan hasrat penutupan cawagan mereka di Seremban.
“Pelanggan yang dihormati, terima kasih atas sokongan anda sejak A&W ‘Pandu-Lalu’ dibuka di Seremban sejak tahun 1978!
“Kami cuba tetapi kami telah terperangkap dengan masa. Dengan rasa kesal, A&W ‘Pandu-Lalu’ di Seremban akan ditutup selama-lamanya dari 1 Januari 2016 untuk memberi laluan kepada pembangunan baru,” kata A&W Malaysia dalam entrinya.
A&W Malaysia Shd Bhd turut mengesahkan perkara ini ketika dihubungi oleh AWANI, hari ini.
Pada tahun 2001, A&W Malaysia dibeli oleh KUB Malaysia Sdn Bhd dan pada tahun 2008, usaha pengembangan agresif untuk mengubah suai dan memperluaskan jangkauannya dapat dilihat.
Bagaimanapun pada tahun 2012, KUB melaporkan bahawa 34 cawangan A&W di Malaysia dan Thailand akan ditutup.
Pada hujung 2014, KUB menafikan dakwaan bahawa restoran pandu lalu A&W di Petaling Jaya yang telah beroperasi hampir 50 tahun, bakal ditutup.
Sebaliknya, syarikat itu berkata pihaknya hanya merancang untuk mengubah suai premis ikonik tersebut, yang merupakan antara cawangan A&W terawal dibuka di Malaysia.
Kohilah Sekaran
Mon Nov 02 2015

Restoran ikonik A&W yang dilengkapi dengan khidmat pandu lalu di Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup mulai 1 Januari 2016 untuk memberi peluang kepada pembangunan baru.
"Bila bab kesihatan lelaki, semua ceria" - Timbalan YDP
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu Parlimen, LPPKN juga berperanan meningkatkan kesedaran, dan gaya hidup sihat melalui khidmat berhenti merokok, penurunan berat badan dan pemakanan seimbang khususnya berkaitan kesihatan lelaki.
Jelasnya, pada ada masa ini klinik kesihatan lelaki ditawarkan di enam klink LPPKN di Semenanjung dan Sarawak.
Timbalan YDP Datuk Ramli Mohd Nor sempat berseloroh mengenai bab kesihatan lelaki, disambut dengan ketawa daripada Ahli Parlimen.
Jelasnya, pada ada masa ini klinik kesihatan lelaki ditawarkan di enam klink LPPKN di Semenanjung dan Sarawak.
Timbalan YDP Datuk Ramli Mohd Nor sempat berseloroh mengenai bab kesihatan lelaki, disambut dengan ketawa daripada Ahli Parlimen.

Telur bertaburan di LPT2 mungkin tidak selamat dimakan
Lebih 70,000 biji telur ayam yang bertaburan selepas lori membawa muatan itu terbalik dalam kemalangan di Kemaman pada Rabu mungkin tidak selamat dimakan.
Kelahiran di Malaysia meningkat 7.7 peratus pada 2023 - Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu Parlimen menurut DOSM 455,761 kelahiran hidup telah direkodkan pada 2023, jumlah ini menunjukkan peningkatan 7.7 peratus berbanding 2022.
Jelasnya dalam tempoh 15 tahun ini, kadar tertinggi 'total fertility rate' (TFR) dicatatkan pada 2011 dan 2012 sebelum menunjukkan trend menurun, namun kadar itu meningkat pada 2023.
Jelasnya dalam tempoh 15 tahun ini, kadar tertinggi 'total fertility rate' (TFR) dicatatkan pada 2011 dan 2012 sebelum menunjukkan trend menurun, namun kadar itu meningkat pada 2023.
Kes pemandu wanita rempuh pelajar UITM Dungun dipindah ke mahkamah tinggi
Mahkamah Majistret Dungun memerintahkan kes pemandu wanita yang didakwa membunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
KWSP: Waspada pengeluaran akaun fleksibel, ingat hari tua
Pencarum diingatkan agar berwaspada dalam pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP, dengan menekankan kepentingan simpanan jangka panjang untuk persaraan yang stabil.
Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira
Wakil pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah berkunjung ke pejabat syarikat pengendali umrah kontroversi, Hejira Travel & Tours Sdn Bhd, baru-baru ini, bagi mendapatkan maklumat lengkap.

Kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Majistret memerintahkan kes pemandu wanita yang didakwa membunuh tiga penuntut UiTM Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.
AWANI Ringkas: 13,000 kakitangan sektor kesihatan letak jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.