Ringgit mencecah nilai RM3.90 berbanding dolar pada dagangan petang Khamis, terendah dalam 17 tahun.
Ia juga merupakan nilai maksimum yang disasar penganalisis dan pakar ekonomi pada Selasa yang menjangkakan ringgit berada sekitar RM3.80 dan RM3.90 berbanding dolar sehingga akhir tahun ini.
Sentimen terhadap matawang negara membangun terjejas susulan jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat pada September.
Ringgit jatuh ke paras disaksikan sewaktu krisis kewangan Asia 1997 dan 1998 sebelum ia ditambat pada RM3.80 berbanding dolar ketika itu.
Bank Negara dilihat terus campur tangan dalam pasaran matawang bagi menyokong nilai ringgit sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap penyusutan rizab tukaran asing.
Pada Selasa, Pengarah Urusan Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) Profesor Dr Zakariah Abdul Rashid berkata tindakan bank pusat campur tangan memberi risiko penurunan penarafan terhadap negara.
Ini kerana rizab tukaran asing menurun kepada AS$100.5 bilion pada 15 Julai 2015 berbanding AS$140 bilion pada suku pertama 2013.
Sementara pakar ekonomi RAM Ratings Kristina Fong pada hari sama turut berkata ringgit tidak akan mencecah nilai RM4 berbanding dolar kerana kejatuhan nilai hanya dipacu sentimen dan asas ekonomi Malaysia masih kukuh.
Ketua Ekonomi Malaysian Rating Corp Berhad Nor Zahidi Alias berkata harga minyak mentah yang susut kepada AS$50 setong menyemarakkan spekulasi mengenai hasil kerajaan yang lebih rendah.
Menurut beliau ia memberi gambaran defisit fiskal mungkin sukar dikawal.
Selain itu ringgit lemah turut mewujudkan tekanan ke atas perdagangan luar Malaysia yang merekodkan pertumbuhan negatif dalam lima bulan pertama tahun ini.
"Pertumbuhan dalam negara kasar Malaysia bagi 2015 juga mungkin terjejas jika harga minyak terus rendah di sepanjang tahun," katanya.
Bagi China, Zahidi berkata kedudukan ekonomi yang lemah menjejaskan permintaan dan menyebabkan penurunan dalam eksport ke China.
Najib Aroff
Thu Aug 06 2015

Sentimen terhadap matawang negara membangun terjejas susulan jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat pada September.
Anwar adakan kunjungan hormat ke atas To Lam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan di Hanoi pada Selasa. Ia sekali gus menandakan permulaan lawatan kerja dua hari beliau ke negara anggota ASEAN itu.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini. #AWANInews

Jet Israel serang selatan Damsyik, Daraa
Sumber keselamatan Syria melaporkan bahawa sebuah tapak ketenteraan menjadi sasaran, namun butiran lanjut tidak didedahkan.
MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta untuk PKS, firma pertengahan
Dana RM131.5 juta diperuntukkan untuk menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera ringan
Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan.

Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza
Ahli kaji cuaca melaporkan, suhu telah turun kepada sifar darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Bukan jemaah menteri, tetapi Musk akan menyertai anggota Kabinet lain atas kapasiti beliau sebagai penasihat Presiden Trump.

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Ringgit dijangka cecah 4.11 berbanding dolar AS menjelang akhir 2023 - Kenanga
Kenanga Research mengunjurkan ringgit diniagakan pada paras 4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini daripada paras lebih 4.40 pada masa ini.

Harga minyak merosot ekoran kebimbangan ke atas permintaan
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent didagangkan pada AS$82.16 setong pada 09.24 pagi waktu tempatan.

Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM
Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0405/0445 ketika ditutup pada urus niaga Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan peningkatan harga minyak mentah dan penurunan mata wang AS.

Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.

Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan
Mata wang tempatan diniagakan tinggi 120 mata asas (bps) kepada 4.0430/0480 berbanding dolar AS.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak mentah dan kelemahan dolar AS.

Ringgit mengukuh pada dagangan pertama 2021
Pada 6 petang Isnin, Ringgit meningkat kepada 4.0040/4.0090 berbanding Dolar Amerika.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini yang menunjukkan bukti kukuh bahawa ia memberikan panduan kepada prestasi untuk tahun ini.