Kaunter berkaitan Petronas merupakan antara penyumbang utama kepada prestasi kukuh FBM KLCI hari ini susulan pengumuman penemuan minyak di telaga eksplorasi Monument, di Teluk Mexico, Amerika Syarikat (AS).
Ia merupakan kemasukan dan penemuan pertama Petronas dalam operasi minyak dan gas di luar pantai Teluk Mexico.
Pada 4 petang, saham PetDag melonjak 84 sen kepada RM20.94, PetGas naik 20 sen kepada RM15.50 dan PetChem menambah satu sen kepada RM4.79.
Kesemua sekali, kaunter-kaunter itu menyaksikan sejumlah 39.57 juta saham bertukar tangan.
Syarikat minyak dan gas nasional itu semalam berkata penemuan tersebut menandakan pencapaian penting buat Petronas untuk mengukuhkan dan membangunkan penerokaannya di benua Amerika ketika ia sedang mempelbagaikan dan mengembangkan portfolio perniagaan minyak dan gasnya di AS dan luar pantai Teluk Mexico.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas Adif Zulkifli berkata penemuan minyak di Teluk Mexico itu adalah perkembangan yang menggalakkan ketika syarikat tersebut terus mengejar peluang di luar Malaysia sejajar dengan strategi pertumbuhan tiga serampang Petronas untuk mengembangkan perniagaan teras minyak dan gas syarikat itu dengan mengembangkan asas sumbernya.
Penerokaan di telaga yang amat dalam itu telah digerudi sejauh kedalaman 10,164 meter dan menemui kira-kira 60 meter pasir mengandungi minyak bersih di Lower Wilcox dari batu pasir Paleogene.
Dengan penemuan itu, kerja penilaian lanjut diperlukan untuk menentukan potensi penuh pengumpulan minyak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 07 2020
Ia merupakan kemasukan dan penemuan pertama Petronas dalam operasi minyak dan gas di luar pantai Teluk Mexico.
Tindakan tegas terhadap pihak terlibat kartel - MyCC
MyCC tidak gentar atau pilih kasih dan kekal komited dalam melaksanakan tindakan itu bagi melindungi kepentingan pengguna serta memastikan wujud persaingan sihat dalam pasaran.
#AWANIRingkas 21 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Disember 2024
1️⃣ Anwar jumpa Prabowo, Thaksin
2️⃣ Tiada saksi, CCTV punca siasatan kucing mati sukar
3️⃣ Amaran hujan tahap buruk di Sarawak, Sabah & Labuan
#awaniringkas
1️⃣ Anwar jumpa Prabowo, Thaksin
2️⃣ Tiada saksi, CCTV punca siasatan kucing mati sukar
3️⃣ Amaran hujan tahap buruk di Sarawak, Sabah & Labuan
#awaniringkas
AWANI Borneo [21/12/2024] - Sehingga esok | Minyak dan gas | Gangguan bekalan elektrik
AWANI Borneo Rabu, 21 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak, Sabah dan Labuan
PM jamin penyelesaian baik antara Petronas dan Petros
Sarawak tiada elektrik, kesesakan lalu lintas dan perniagaan terjejas
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak, Sabah dan Labuan
PM jamin penyelesaian baik antara Petronas dan Petros
Sarawak tiada elektrik, kesesakan lalu lintas dan perniagaan terjejas
Sarawak sambut baik SOP baharu KDN percepatkan permohonan
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak menyambut baik langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan kepada satu tahun.
Pelantikan TYT: Anwar nasihat Agong pertimbang beberapa nama
Datuk Seri Anwar Ibrabim memaklumkan telah menasihat Yang di-Pertuan Agong beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Minyak dan gas: PM jamin penyelesaian baik antara PETRONAS dan Petros
Perdana Menteri berkata adalah penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.
SEB sedang siasat punca gangguan
Sarawak Energy Berhad sedang menyiasat punca berlakunya gangguan bekalan elektrik besar-besaran di seluruh negeri itu.
Perniagaan terjejas, kesesakan lalu lintas sekitar Kuching
Kesesakan lalu lintas teruk berlaku di beberapa kawasan di sekitar Kuching dan Samarahan selepas berlakunya gangguan bekalan elektrik sekitar jam 1 petang tadi.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Penyerahan STR, bukan tanah kebun durian untuk pesara tentera
Sebuah video yang dikaitkan dengan pemberian tanah kebun durian di Pahang kepada pesara tentera adalah tidak benar.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Lelaki maut ditimpa beruang jatuh pokok
Seorang lelaki di Amerika Syarikat maut selepas seekor beruang yang ditembak oleh rakan pemburu terjatuh dari pokok dan menghempapnya.
Amerika Syarikat serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo
Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.
Seorang maut, 9 cedera dalam insiden tembakan di Maryland, AS
Tembakan berlaku di sebuah rumah pengebumian. Polis menemukan sebuah kereta terbalik dan terbakar di lokasi kejadian.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.