Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengatakan penggunaan data kaji selidik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan gaji permulaan siswazah dan menyesuaikan kepada "situasi sebenar" telah menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan pekerja dan majikan.
Menurut Presiden MEF, Datuk Shamsuddin Bardan analisis BNM mengenai upah “sebenar” lepasan graduan mungkin berguna untuk penggubalan dasar turut menyebabkan ketidakpercayaan dalam kalangan kedua-dua majikan dan pekerja.
Laporan BNM 2018 pada Rabu menyatakan trend gaji permulaan bulanan bagi kebanyakan siswazah semakin mengecil sejak 2010 selepas mengambil kira faktor inflasi, bagaimanapun tinjauan yang dibuat MEF adalah sebaliknya.
“BNM telah menganalisis dan menyesuaikan data gaji MEF kepada situasi "sebenar” dengan mengambil kira faktor-faktor seperti Indeks Harga Pengguna.
“MEF ingin menyatakan bahawa data gaji permulaan untuk semua kategori termasuk pemegang diploma, ijazah dan sarjana menunjukkan trend menaik dari tahun 2010 hingga 2018, tetapi dinyatakan sebaliknya dalam laporan BNM, sehingga meletakkan majikan Malaysia dalam keadaan tidak baik,” demikian menurutnya dalam kenyataan, pada Jumaat.
BNM mengatakan bahawa penurunan trend gaji permulaan dalam kalangan siswazah dari tahun 2010 hingga 2018 berkemungkinan kerana kurangkan kewujudan pekerjaan berkemahiran tinggi.
Dalam laporan tersebut, siswazah lulusan diploma mendapat gaji sebanyak RM1,458 pada 2010 berbanding RM1,376 pada 2018, sementara gaji graduan ijazah mengalami penurunan sebanyak RM10 iaitu RM1,993 (2010) berbanding RM1,983 (2018).
Mengulas lanjut laporan tersebut, Shamsuddin berkata kajian asal yang dibuat oleh MEF membabitkan gaji Bukan Eksekutif dan Eksekutif pada tahun 2010 hingga 2018 dikumpulkan daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau turut melampirkan jadual hasil tinjauan yang dibuat oleh MEF, yang mana memaparkan peningkatan dalam trend gaji permulan bagi graduan diploma, ijazah dan sarjana pada tahun 2010 dan 2018.
Masing-masing meningkat dari RM1,458 kepada RM1,661 (diploma); RM2,228 kepada RM2,618 (ijazah sarjana muda); dan RM2,923 kepada RM3,2767 (sarjana).
“Gaji pokok dalam laporan (MEF) tidak termasuk kerja lebih masa, bayaran bagi kerja yang dilakukan pada hari rehat dan cuti umum, elaun, bonus dan lain-lain bayaran yang berkaitan,” katanya.
Jelasnya, laporan gaji “sebenar” BNM itu menyebabkan majikan Malaysia dipersalahkan kerana tidak membayar permulaan gaji pokok yang cukup.
Sebaliknya, realiti sebenar adalah banyak majikan Malaysia berdepan dengan cabaran membabitkan peningkatan kos dan penurunan margin, tambah Shamsuddin.
Katanya, peningkatan dalam permulaan gaji pokok harus berdasarkan kepada kemampuan syarikat untuk membayar, selain prestasi pekerja.
“MEF menegaskan bahawa permulaan gaji pokok untuk pelbagai kategori berdasarkan kelayakan hanya akan diguna pakai dalam tempoh percubaan yang biasanya di antara tiga hingga enam bulan.
“Sekiranya dalam tempoh percubaan itu pekerja telah membuktikan bahawa mereka aset kepada organisasi, maka gaji (permulaan) yang diterima perlu dilihat semula ke jumlah yang lebih tinggi untuk memastikan pekerja akan kekal dengan majikan,” katanya.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 29 2019
Shamsuddin menganalisis BNM mengenai upah 'sebenar' mungkin berguna untuk penggubalan dasar, bagaimanapun ia menyebabkan ketidakpercayaan dan ketidakharmonian dalam kalangan pekerja dan majikan. - Gambar Astro AWANI
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan mata wang AS bukti status ringgit dipacu pasaran
Bank Negara Malaysia menyambut baik pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat.
Pengukuhan ringgit pada suku tahun ketiga didorong faktor dalaman, luaran
Antara pendorong utama pengukuhan ringgit ialah prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan reformasi struktur oleh kerajaan.
KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Gabenor BNM
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan.
Individu rugi lebih RM1.6 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang individu di Gombak kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.