Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan pengguna sebaliknya akan menjadikan sistem percukaian negara lebih adil kepada pengguna.
Menurut Ahli Jawatankuasa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr. Asan Ali Golam Hassan, ini kerana kerajaan akan dapat memantau margin keuntungan peniaga yang sebelum ini sukar dilakukan menerusi sistem percukaian semasa.
Beliau berkata, menerusi GST, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) boleh membuat pemantauan di setiap peringkat - pengilang, pemborong, peruncit hingga ke pengguna.
"Pada masa akan datang, semua peniaga yang mendaftar GST perlu menghantar invois ke Jabatan Kastam setiap bulan. Apa yang kita boleh buat? Kita boleh nilai, kita boleh tahu, kita boleh kira harga input dia berapa, harga output dia berapa.
"Dari mana dia beli input juga kita tahu. Kemana dia jual output juga kita tahu. Bila kita tahu harga input dan output, kita boleh mengira margin keuntungan.
"Jadi pada masa akan datang, kerajaan boleh mengawal margin keuntungan yang sekarang ini sukar untuk dibuat dalam sistem cukai sekarang ini," katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.
Dr. Asan Ali berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pelaksanaan GST yang dikatakan bakal membebankan pengguna.
Dalam pada itu katanya, pemantauan boleh dilaksanakan menerusi pengumpulan data oleh kerajaan yang perlu dihantar peniaga setiap bulan.
Tegasnya, ia berbeza dengan sistem cukai yang digunapakai sekarang, iaitu pemantauan hanya di peringkat pengilang yang mengenakan cukai barangan.
Katanya lagi, menerusi GST, peniaga perlu memikirkan jumlah cukai korporat yang perlu dibayar jika ingin menaikkan margin keuntungan sesuka hati.
Ia kerana, selain JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga akan memainkan peranan penting bagi memastikan setiap peniaga menjelaskan cukai korporat setiap tahun.
"Apa yang kita nampak pada masa akan datang, dua (LHDN dan JKDM) entiti ini mungkin akan bergabung menjadi satu dalam jangka masa panjang.
"Jadi apa faedahnya? Faedahnya ialah jika peniaga menaikkan margin keuntungan, bukan susah nak kesan untuk peniaga berdaftar naikkan margin keuntungan sebab setiap bulan dia hantar invois.
"Jika dia (peniaga) naikkan margin keuntungan, hujung tahun Lembaga Hasil akan boleh mengira berapa banyak cukai korporat yang dia perlu bayar," jelasnya.
Tegasnya, peniaga perlu membayar lebih banyak cukai korporat seandainya mereka menaikkan margin keuntungan.
"Itu yang akan berlaku pada masa yang akan datang," ujarnya.
Katanya, pelaksanaan GST adalah adil kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna yang selama ini menanggung cukai barangan.
"Sekarang ini pekerja perlu membayar cukai pendapatan. Pengguna bayar cukai barangan, tetapi peniaga, bagaimana? Dalam sistem akan datang, GST adil kepada semua."
"Peniaga perlu patuh dan bayar cukai korporat," jelasnya.
Sebelum ini Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan, kerajaan tidak akan menangguhkan pelaksanaan GST yang akan berkuatkuasa mulai 1 April depan seperti yang telah diluluskan di Parlimen.
Ia berkata, pelaksanaan GST dilihat sebagai satu langkah konsolidasi fiskan yang amat penting untuk memastikan kemapanan ekonomi negara dan sebarang penangguhan pelaksanaan GST akan memberi impak negatif ke atas penarafan kredit Malaysia.
Sharkawi Salehuddin
Tue Mar 24 2015

Dr. Asan Ali mengulas mengenai isu pelaksanaan GST yang dikatakan bakal membebankan pengguna. - Gambar Fail

Ketua Suruhanjaya AU desar penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.
AWANI Ringkas: Pemimpin, ahli UMNO yang tinggalkan parti diseru kembali
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

Cabang PKR Sabah sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Cabang-cabang PKR Sabah dalam mesyuarat sehingga semalam menyokong usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Pelajar perempuan Afghanistan dinafikan pendidikan mungkin lebih 4 juta menjelang 2030 - UNESCO
Sekatan yang dikenakan oleh Taliban terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan telah menjejaskan kira-kira satu setengah juta pelajar.
The Future Is Female: IWD2025 — RYTHM Foundation: Building a Better Future
On this episode of #TheFutureIsFemale Melisa Idris speaks with Datin Seri Umayal Eswaran, Chairperson of RYTHM Foundation, the corporate social responsibility arm of QI Group, about its work which focuses on education, empowerment, and the environment.

Perkenal semula GST boleh tingkat hasil kerajaan tetapi perlu lebih jelas - Ahli ekonomi
Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas.

IDEAS sokong GST dikembalikan, namun perlu kajian mendalam sebelum dilaksanakan
IDEAS menyokong kemungkinan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam waktu terdekat.

'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem GST, sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Tiada perubahan sistem cukai ketika ekonomi negara dalam fasa pemulihan - Tengku Zafrul
Apabila ekonomi baru saja hendak pulih, bukan masanya untuk memperkenalkan cukai baharu, kata Tengku Zafrul.

LKAN: JKDM perlu siasat lebihan bayaran tuntutan GST
JAN mengesyorkan JKDM membuat kutipan balik bayaran terkhilaf sebanyak RM4.38 juta itu daripada OKC dalam kadar segera.

Dulu masa GST tak merungut pula - Guan Eng
Guan Eng berkata amat menghairankan apabila Najib sebelum ini tidak pernah merungut ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

SST tidak merugikan poket rakyat - Wan Azizah
Kata Timbalan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan akan menggunakan hasil dana tersebut untuk pembangunan negara.

Tipu tuntutan GST: Lebih banyak tindakan akan diambil - JKDM
Datuk Seri Subromaniam Tholasy menegaskan lebih banyak tindakan akan diambil susulan penipuan tersebut yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Kerajaan.

Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.

Kadar GST tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2017
Johari berkata GST dan pelan rasionalisasi subsidi penting untuk memastikan defisit fiskal negara mencapai sasaran 3.1 peratus bagi tahun ini.