Peruntukan untuk perkhidmatan ditetapkan pada kadar enam peratus selepas pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata rang undang-undang SST dijangka diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat sekarang dan akan dilaksanakan pada September.
"SST akan diperkenalkan semula pada 1 Sept, dan menyumbang sasaran hasil sebanyak RM4 bilion," katanya pada pelancaran Persidangan Percukaian Kebangsaan 2018 di sini hari ini.
Beliau berkata SST, serta peningkatan harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan akan menyumbang RM14.4 bilion tambahan hasil kepada kerajaan bagi mengimbangi kehilangan RM21 bilion hasil daripada kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai Jun tahun ini.
"Untuk memenuhi kekurangan GST, kementerian itu mengenal pasti langkah penjimatan perbelanjaan sebanyak RM10 bilion," katanya.
Beliau berkata langkah-langkah itu termasuk mengurangkan dan memansuhkan program bertindih dan progarm bukan segera, dan membatalkan atau menangguhkan projek-projek mega dengan perbelanjaan besar.
Beliau berkata antara hasilnya ialah RM15 bilion, atau 47 peratus pengurangan kos akhir projek transit rail 3 (LRT 3) dengan membatalkan atau menangguhkan kedua-dua lebihan kapasiti dan ciri-ciri fizikal.
Lim berkata cukai, selain membiayai pembangunan dan pentadbiran negara, juga berfungsi untuk membetulkan ketidaksamaan ekonomi yang wujud dalam masyarakat dengan mengagihkan semula pendapatan.
Katanya walaupun tujuan percukaian masih sama dalam tempoh beberapa tahun, sumber dan kaedah pengumpulan dan cabaran yang berkaitan dengan pengumpulannya telah berubah.
"Sekarang lebih sukar untuk mendapatkan jumlah cukai yang tepat ekoran model perniagaan bukan tradisional dan bidang kuasa undang-undang yang tidak jelas meliputi pelbagai transaksi," katanya.
Namun katanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) akan menggunakan pendekatan berasaskan peraturan dalam mengutip cukai dan menghentikan serbuan oleh pegawainya.
"Kini, LHDNM mematuhi peraturan undang-undang dengan menjalankan audit," katanya.
Beliau berkata LHDNM mungkin mahu mengadakan perbincangan awal dengan pembayar cukai dan pengamal cukai mengenai isu-isu tertentu supaya sebarang pertikaian dapat diselesaikan tepat pada masanya tanpa menggunakan surat-menyurat kertas panjang dan rumit.
"Bukan sahaja perbincangan awal ini dapat menjimatkan masa, malah mereka juga akan menggalakkan ketelusan dan kerjasama yang lebih baik antara pihak yang terlibat," katanya.
Beliau berkata LHDNM juga mesti mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan transformasi baharu perniagaan.
"Teknologi hari ini membolehkan kita untuk mengumpul data rutin menerusi fail cukai, bahkan memberikan kita peluang untuk memahami dengan baik dalam tingkah laku pembayar cukai dan berpotensi membentuk rejim percukaian yang lebih adil dan responsif," katanya.
Lim juga berkata LHDNM perlu bekerjasama rapat dengan badan-badan antarabangsa untuk menangani isu percukaian antarabangsa, termasuk ekonomi digital, ekonomi perkongsian, mod transaksi baharu yang melibatkan mata wang maya serta menyimpan rekod perniagaan dan data kewangan di bilik data maya.
Beliau berkata syarikat multinasional yang beroperasi merentas pelbagai bidang telah memperoleh kelebihan ekonomi maksimum yang mungkin melalui perancangan cukai yang agresif.
"Pihak berkuasa cukai Malaysia mesti mengawasi sebarang kelemahan yang boleh dimanipulasi menerusi perancangan cukai global oleh syarikat multinasional ini," katanya.
Untuk itu, beliau berkata Malaysia mempunyai komitmen yang berterusan sebagai ahli bersekutu Organisasi bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Rangka Kerja Inklusif, yang disertainya pada Mac tahun lepas, sebagai sebahagian daripada usaha global untuk menangani isu-isu berkaitan hakisan asas dan peralihan keuntungan.
Beliau berkata Malaysia juga komited untuk melaksanakan Pertukaran Maklumat Automatik Akaun Kewangan menerusi Piawaian Laporan Bersama (CRS), dengan negara peserta bertukar maklumat tentang akaun kewangan bukan pemastautin.
Sehingga kini, beliau berkata 100 bidang kuasa bersetuju untuk bertukar maklumat CRS.
Sementara itu, mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Lim berkata kerajaan akan menghormati jadual pembayaran hutang 1MDB sebanyak RM1.3 bilion kepada pelbagai pemiutang yang dijadualkan pada hujung tahun ini.
"Kami perlu mencari wang untuk membayar kerana kami tidak akan membenarkan Malaysia ingkar," katanya.
Beliau berkata bayaran RM1.3 bilion itu adalah tambahan kepada RM7 bilion yang telah dibayar sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 16 2018

Lim berkata rang undang-undang SST dijangka diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat sekarang dan akan dilaksanakan pada September.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.