Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mahu rakyat tidak boros berbelanja, tetapi mesti bijak menabung wang bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan ekonomi negara.
Tengku Razaleigh yang juga anggota Palimen Gua Musang, bagaimanapun menafikan bahawa masalah tekanan ekonomi sekarang berpunca daripada kelemahan kerajaan, tetapi sebaliknya faktor luaran kerana ia turut membabitkan semua negara luar.
Beliau berkata rakyat perlu faham apa yang berlaku serta tidak mudah melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan, sambil menjelaskan tekanan ekonomi itu tidak banyak menjejaskan pasaran komuniti seperti sawit dan getah.
“Harga sawit masih berada pada tahap yang stabil kerana pasaran utama sawit negara kita adalah ke China dan India,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Sumbangan Tunai dan Barangan Elektrik kepada mangsa banjir warga Felda di Sekolah Kebangsaan (SK) Chiku 7, di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Che Noh Che Pa dan Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF) Kelantan Mohd Norfazly Mohd Daud.
Tengku Razaleigh berkata industri sawit di negara ini hanya mempunyai persaingan utama dengan pengeluaran sawit di Indonesia, namun ia tidak menghalang pasaran ke negara luar.
Katanya negara luar mengimport minyak kerana mudah dan boleh digunakan untuk semua keperluan.
“(Bagaimanapun) minyak mentah kita dijual pada harga mahal, sebaliknya kita pula mengimport minyak dari negara luar pada harga murah bagi memperoleh keuntungan.
“Kita faham mengenai teguran rakyat berhubung perkara itu kerana mereka mungkin tidak tahu perkara sebenar yang dilakukan kerajaan,” katanya.
Bernama
Sun Feb 01 2015

Masalah tekanan ekonomi sekarang berpunca daripada kelemahan kerajaan, tetapi sebaliknya faktor luaran kerana ia turut membabitkan semua negara luar. -Gambar hiasan

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.

Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.

Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus
Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan sehingga 60 peratus.

Ini bulan untuk beribadah, bukan bulan untuk membazir!
Masyarakat Islam juga disaran supaya melipatgandakan amalan mulia dan meninggalkan perbuatan yang akan hanya merosakkan pahala berpuasa.

Penumpang belanja RM1 bilion di lapangan terbang MAHB pada 2017
Kalangan penumpang membelanjakan kira-kira RM1 bilion, terutamanya bagi pembelian pakaian, fesyen serta makanan di lapangan terbang yang diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Deepavali: Ramai hati-hati berbelanja kerana kenaikan harga barang - Peniaga
Golongan yang menyambut perayaan Deepavali tahun ini membuat pelarasan dalam perbelanjaan persiapan berikutan kekangan kuasa berbelanja.

Tekanan ekonomi bukan salah kerajaan, tapi faktor luaran - Tengku Razaleigh
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mahu rakyat tidak boros berbelanja tetapi mesti bijak menabung wang bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan ekonomi negara.

#JimatRaya - Gelagat warga kota berbelanja saat akhir
Warga ibu kota berbelanja pada saat akhir di Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi mendapatkan tawaran harga terendah.