Malaysia berkongsi pandangan dengan beberapa negara yang menyertai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bahawa terlalu awal untuk memberi kata putus atau membuat keputusan muktamad mengenai inisiatif perjanjian perdagangan bebas itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau menemui menteri perdagangan Australia, Amerika Syarikat dan Peru di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, yang berpandangan terlalu awal untuk membuat sebarang ketetapan mengenai TPP.
Beliau berkata Malaysia perlu melihat pelantikan personaliti-personaliti penting dan dasar luar serta perdagangan dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang baharu dipilih, Donald Trump dengan jelas.
"Kita telah melabur masa yang panjang, lima tahun berunding secara intensif (untuk TPP). Tidak adil untuk buat keputusan terburu-buru," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena persidangan APEC dan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Peru untuk persidangan tersebut hari ini.
Mustapa mewakili Malaysia pada mesyuarat APEC peringkat menteri pada Khamis dan Jumaat.
APEC, yang diasaskan pada 1989, adalah satu forum 21 negara lingkaran Pasifik yang bertujuan untuk menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, memudahkan perniagaan dan menggalakkan kerjasama ekonomi serta mencapai kemakmuran dalam kalangan negara anggota.
Anggota APEC ialah Australia; Brunei; Kanada; Chile; China; Hong Kong; Indonesia; Jepun; Malaysia; Mexico; New Zealand; Papua New Guinea; Peru; Filipina; Rusia; Singapura; Republik Korea; Taipei; Thailand; Amerika Syarikat dan Vietnam.
Dua belas (12) anggota APEC menyertai TPP yang merupakan inisiatif perjanjian perdagangan bebas (FTA) iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Jepun.
Mustapa menjelaskan antara sebab Malaysia menyertai TPP ialah ia tidak mempunyai FTA dengan Amerika Syarikat, Mexico, Kanada dan Peru.
Beliau berkata Malaysia dan menteri-menteri perdagangan negara TPP menunggu pertemuan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan 12 pemimpin negara TPP di luar persidangan pemimpin APEC pada Sabtu di sini untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai masa depan TPP.
Katanya antara panduan yang dijangka diberikan Obama pada pertemuan tersebut adalah mengenai keadaan semasa TPP di Amerika Syarikat dan langkah-langkah yang sedang diambil beliau untuk terus 'memujuk' pihak pentadbiran baharu dan ahli kongres tentang kebaikan TPP untuk Amerika Syarikat.
Mustapa berkata terdapat tiga 'kategori' negara TPP yang terbentuk ekoran perkembangan terbaharu di Amerika Syarikat iaitu negara yang begitu komited seperti Jepun dan New Zealand, negara membuat penilaian tetapi mengambil sikap tunggu dan lihat dan negara yang dilaporkan menyatakan pendirian untuk mengkaji TPP seperti Vietnam.
"Pada Malaysia, kita masih berminat menyertai TPP dan kita difahamkan terlalu awal untuk beri kata putus tentang dasar perdagangan Amerika Syarikat," katanya.
Katanya dasar perdagangan Amerika Syarikat apabila berlaku perubahan kepimpinan memerlukan masa beberapa bulan atau setahun untuk mendapatkan gambaran yang jelas. -- Bernama
Bernama
Sat Nov 19 2016

Mustapa ketika sidang media pada 18 Nov 2016 sempena Sidang Kemuncak APEC yang akan berlangsung selama dua hari mulai hari ini. - fotoBERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.

Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.

China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.

Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.

Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.

Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.

Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.

APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.

Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."

Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.