Telekom Malaysia Bhd (TM) telah melantik Imri Mokhtar sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berikutan peletakan jawatan Datuk Bazlan Osman berkuat kuasa hari ini.
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bazlan juga meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan mulai 28 Februari 2019.
Pengerusi Kumpulan TM Tan Sri Sulaiman Mahbob dalam satu kenyataan, berkata bakat Imri telah diasah melalui TM sendiri, dengan latar belakang yang kukuh dalam perniagaan serta strategi operasi dan beliau menyelia operasi perniagaan Kumpulan TM.
"Imri memacu inisiatif kritikal di bawah program peningkatan prestasi 2018 serta seterusnya, dalam usaha untuk mendorong strategi kami ke arah mempercepatkan dan memperkasakan penumpuan digital," katanya.
Sebelum menyandang jawatan sebagai Pemangku CEO, Imri merupakan Ketua Pegawai Operasi TM dan Naib Presiden Eksekutif Unifi, beliau bertanggungjawab ke atas pengurusan portfolio-portfolio bersepadu merangkumi telefon, jalur lebar, mudah alih, WiFi dan perkhidmatan tambah nilai bagi kediaman TM serta pelanggan-pelanggan PKS.
Sulaiman turut melahirkan penghargaan tertinggi kepada Bazlan atas sumbangan dan dedikasinya sepanjang 16 tahun aktif dalam kumpulan.
Bernama
Fri Nov 16 2018

Imri Mokhtar (kanan) dilantik sebagai Pemangku CEO berikutan peletakan jawatan Datuk Bazlan Osman (kiri) berkuat kuasa hari ini. -Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sulaiman Mahbob letak jawatan Pengerusi TM
Selepas bekas-bekas CEO TM Bazlan dan Shazalli meletak jawatan, kini giliran Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat telekomunikasi itu, Sulaiman Mahbob pula mengundurkan diri dari TM.