Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia X Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bersama syarikat perniagaan itu, berkuat kuasa 1 Jan, 2018.
Susulan lantikan itu, beliau akan menyertai Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Kamarudin Meranun untuk bersama-sama menerajui syarikat tersebut.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia X berkata Fernandes juga merupakan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd.
"Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan sepanjang kerjaya beliau dan ini termasuklah Honour of the Commander of the Order of the British Empire, yang dianugerahkan oleh Baginda Ratu Elizabeth II pada 2011, dan Commander of the Legion d'Honneur, yang dianugerahkan oleh Kerajaan Perancis," kata syarikat itu.
Baru-baru ini, AirAsia juga mengumumkan perubahan pucuk pimpinannya yang merupakan sebahagian daripada penyusunan semula dalaman syarikat itu.
Ia termasuklah pelantikan Riad Asmat sebagai CEO berkuat kuasa 10 Jan, 2018, manakala CEO sekarang Aireen Omar dilantik sebagai Timbalan CEO Kumpulan bagi membantu mentransformasikan AirAsia menjadi sebuah syarikat global yang berlandaskan produk dan platform awan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2017
Tony Fernandes telah dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bersama syarikat perniagaan itu, berkuat kuasa 1 Jan, 2018. -Gambar fail
Israel beri amaran akan guna semua cara untuk serang Hezbollah
Fasa seterusnya dalam perang menentang Hezbollah akan bermula tidak lama lagi, dedah Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.
[LAPOR LANGSUNG] Israel terus mengganas di Lubnan, 95 maut, 172 cedera dalam tempoh 24 jam
Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan sejak 24 jam lalu, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
Israel terus mengganas di Lubnan, 95 maut, 172 cedera dalam tempoh 24 jam
Kementerian Kesihatan melaporkan, sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan sejak 24 jam lalu.
Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.
Video lelaki lepas tembakan di tempat awam adalah operasi tembak gagak
Operasi tembak gagak di kawasan awam di Subang Jaya itu dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Bekas Ketua Polis Yongsan dihukum penjara 3 tahun berkaitan insiden rempuhan orang ramai di Itaewon
Lee Im-jae didakwa atas tuduhan kecuaian profesional yang mengakibatkan 159 orang tebunuh pada hujung minggu Halloween di kawasan hiburan malam Itaewon pada 29 Okt 2022.
Mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit
Semua mangsa dari daerah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).
KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Lebih 30 jalan di ibu negara akan ditutup atau dilencongkan sempena acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Negeri Sembilan harap rancangan bina Koridor Perindustrian Tengah diluluskan
Kerajaan Negeri Sembilan berharap kerajaan Persekutuan dapat meluluskan perancangan mewujudkan Koridor Perindustrian Tengah dengan peruntukan dijangka sebanyak RM700 bilion.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.
Gangguan IT global: Daftar masuk dalam talian AirAsia pulih
AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk dalam talian pada 2 petang tadi, selepas syarikat penerbangan itu dilanda kegawatan akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global.
Gangguan IT global: AirAsia teruskan operasi, guna proses manual
AirAsia akan meneruskan operasi penerbangannya dan menegaskan bahawa pemprosesan manual kekal sebagai kaedah yang paling boleh dipercayai.
Gangguan IT Global: AirAsia turut terkesan, daftar masuk terjejas
Susulan gangguan siber yang berlaku di seluruh dunia, AirAsia juga mengesahkan turut terkesan dengan gangguan siber tersebut.