Malaysia akan terus meminda undang-undang, termasuk buruh dan hak harta intelek tanpa mengira sama ada negara ini akan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perubahan itu bukan hanya untuk mematuhi TPPA, malah merupakan semakan semula domestik yang terus dilaksanakan bagi mengukuhkan dan mengemas kini undang-undang.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata pindaan terbabit akan memenuhi obligasi antarabangsa Malaysia seperti dalam Pertubuhan Buruh Aanarabangsa selain memastikan undang-undang negara terus relevan dengan kedudukan semasa.
"Sekiranya TPPA diteruskan tanpa penyertaan US (Amerika Syarikat), kita perlu memastikan kepentingan kita tetap terpelihara dan manfaat yang diperoleh mengatasi kos.
"Dalam menilai penyertaan Malaysia dalam TPPA tanpa US, pertimbangan penting ialah kemungkinan Malaysia akan kehilangan peluang ekonomi sekiranya sepuluh negara lain memutuskan untuk meneruskan perjanjian perdagangan itu," katanya.
Buat masa ini, Mustapa berkata Malaysia akan terus bersikap terbuka dan meneruskan pembabitan dalam perbincangan mengenainya.
"Pembabitan dengan pemegang kepentingan domestik akan diteruskan sehingga terdapat pilihan yang lebih jelas untuk dipertimbangkan.
"Saya memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa sebarang keputusan yang bakal dibuat akan mengutamakan kepentingan negara," katanya.
Baki 11 anggota TPP bertemu hari ini di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Hanoi.
Ia merupakan mesyuarat pertama yang melibatkan semua menteri anggota TPPA selepas notifikasi penarikan diri dikeluarkan oleh US pada 30 Jan, 2017.
Mustapa berkata negara anggota bersatu dalam komitmen mereka untuk mengekalkan momentum liberalisasi perdagangan dan penyepaduan serantau.
"Kami meminta pegawai TPPA memulakan proses bagi menilai semua pilihan yang sedia ada.
Mesyuarat yang membabitkan pegawai TPPA seterusnya dijangka dihoskan oleh Jeoun pada Julai 2017.
- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2017

MUSTAPA: Sekiranya TPPA diteruskan tanpa penyertaan Amerika Syarikat, kita perlu memastikan kepentingan kita tetap terpelihara dan manfaat yang diperoleh mengatasi kos.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Buruh didenda RM2,000 lindungi pesalah kes langgar lari di pusat hiburan
Majistret turut memerintahkan S Teenesh, 40, dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.

Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.

Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun
Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.

Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.

Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara 21 tahun 2 bulan dan 14 sebatan
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di tiga bank dan sembilan lokasi sekitar Ipoh antara 1 Jan hingga 22 April lepas.

Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit
Mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Tadi, 29 tahun dan Mustaqim, 42 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.

Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.