Pengguna bakal menikmati manfaat besar di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melalui aliran masuk barangan berkualiti tinggi ke pasaran domestik pada harga lebih murah.

“Kebaikan akhirnya akan datang kepada kita, pengguna. Kita dijangka mempunyai akses, membeli barangan yang harganya lebih rendah dan kualitinya lebih tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

akan masuk barangan berkualiti tinggi dari negara lain. Itu faedah utama yang perlu kita iktiraf


“Sebab sudah pasti peniaga yang ingin berjaya, mereka perlu melalui persaingan yang sewajarnya. Tidak boleh hendak berniaga tetapi tidak mahu bersaing. Itu cabaran yang terpaksa dihadapi peniaga,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya cabaran utama adalah persaingan bagi perniagaan di mana sokongan kerajaan amat penting bagi memastikan kelangsungan komuniti perniagaan dalam berdepan pasaran yang lebih terbuka.

Wan Saiful berkata tempoh ratifikasi selama dua tahun amat penting untuk memastikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bersiap sedia.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid berkata tumpuan utama adalah memastikan faedah TPPA dimanfaatkan sepenuhnya.

zakariah
"Kalau kita dapat lakukan penyesuaian dalam tempoh dua tahun ini, tempoh ratifikasi ini, kita akan dapat memaksimakan manfaatnya." - Dr Zakariah
“Sama ada memaksimakan bila kita bersaing di pasaran luar, atau ahli TPPA yang bersaing dalam pasaran kita. Ini bergantung kepada langkah reformasi yang mesti kita laksanakan,” katanya sambil menambah PKS merupakan sektor yang perlu diberi tumpuan khusus.

Tumpuan itu katanya termasuk membantu mereka meningkatkan produktiviti, kajian dan pembangunan serta tahap kemahiran.