Bank Pertanian (M) Bhd (Agrobank) mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBZT) lebih tinggi iaitu meningkat 16.7 peratus kepada RM230.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017.
Jumlah pembiayaan kumpulan itu juga berkembang 9.9 peratus kepada RM9.5 bilion.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Agrobank berkata peningkatan jumlah pembiayaan itu didorong oleh pertumbuhan dalam sektor berasaskan pertanian yang meningkat sebanyak 36.7 peratus manakala pembiayaan pertanian teras menokok 12.5 peratus.
Agrobank, sebuah institusi pembangunan kewangan (DFI) dengan mandat pembangunan pertanian, turut menyaksikan bahagian pembiayaan bagi sektor agromakanan berkembang sebanyak 13 peratus dan melepasi pertumbuhan industri perbankan sebanyak 3.6 peratus bagi sektor berkenaan.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Alwi Mohamed Sultan berkata pertumbuhan kukuh yang diraih pada tahun lepas juga adalah seiring dengan Pelan Strategik Perniagaan Agrobank 2016-2020 (SBP 2016-2020) yang turut dipacu oleh pertumbuhan menyeluruh sektor pertanian negara ini.
"Bank ini melaksanakan beberapa inisiatif strategik dalam SBP 2016-2020 bagi merangsang keuntungan dan pertumbuhan selain mengukuhkan kualiti aset. Pada masa sama, kami juga terus menumpukan mandat dalam sektor perniagaan, termasuk agromakanan, pertanian teras serta komoditi.
"Pencapaian kami turut disokong oleh peningkatan dalam sektor pertanian yang mencatat pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus pada 2017 selepas susut 5.1 peratus pada 2016," katanya.
Syed Alwi berkata permintaan kukuh terhadap minyak sawit juga disebabkan oleh pemulihan persekitaran cuaca susulan musim kemarau pada tahun lepas dan disokong oleh peningkatan 2.0 peratus dalam sektor kecil agromakanan.
Pada 2017, sektor pertanian menyumbang 8.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM1.16 bilion, katanya.
Malah, walaupun Malaysia beralih kepada ekonomi berasaskan industri dan perkhidmatan, sektor pertanian kekal menjadi komponen penting KDNK.
Sejak penubuhannya dalam 1969, Agrobank turut memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor pertanian dengan menyediakan akses kepada modal dan pembiayaan menerusi rangkaian penyelesaian pembiayaan merangkumi aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran dalam ekosistem pertanian. - BERNAMA
Bernama
Mon May 28 2018

Agrobank berkata peningkatan jumlah pembiayaan itu didorong oleh pertumbuhan dalam sektor berasaskan pertanian. - Gambar fail
Zelenskyy yakin hubungan dengan AS akan membaik dan perlu diteruskan
Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyatakan keyakinannya bahawa hubungan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berpotensi dipulihkan selepas pertemuan tegang mereka di Pejabat Oval, Washington D.C. beberapa hari lalu.
"saya berdiri teguh bersama Zelenskyy" - PM Kanada
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, mengulangi sokongannya terhadap Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan Ukraine.susulan pertemuan Zelenskyy dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, serta Naib Presiden AS, JD Vance, di White House beberapa hari sebelumnya.

Bront Palarae dilantik Profesor Adjung Fakulti Seni Sinematik MMU
Pelantikan ini sebagai penghargaan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam industri hiburan selama lebih dua dekad.
Hidangan asal istana, Jala Emas popular semasa bulan puasa
Keistimewaan kuih Jala Emas, yang asalnya hidangan dari istana dan tradisi selatan Thailand popular sebagai kuih tradisional dicari semasa bulan Ramadan.
KWSP kukuhkan pelaburan dengan strategi kepelbagaian
KWSP meneruskan strategi kepelbagaian dalam pelaburan bagi menjamin pulangan stabil dan lestari. Dengan 77 peratus aset dilaburkan di luar negara, pendekatan ini membantu mengurangkan risiko dan memberi manfaat kepada pencarum.
582 jururawat KKM berhenti pada 2024
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, antara alasan perletakan jawatan yang diberikan adalah bekerja di sektor swasta, isu penempatan, mengikut pasangan, waktu bekerja syif, masalah kesihatan pegawai/ keluarga dan masalah peribadi.
Lebih 75 ribu OKU dapat pekerjaan lebih baik
Seramai 75,566 orang kurang upaya (OKU) telah mendapat pekerjaan yang lebih baik setelah menerima latihan di bawah Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan tersebut.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan tersebut.
Lelaki disyaki amuk, bakar ibu direman 7 hari
Lelaki yang dipercayai mengamuk dan membakar ibunya di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, Alor Setar, Kedah pada Ahad, direman tujuh hari sehingga 9 Mac ini untuk membantu siasatan di mana perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar.
Pengisian jawatan jururawat di KKM cecah 88 peratus, 582 letak jawatan
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, 70,229 jururawat yang berkhidmat di KKM terdiri daripada 69,114 lantikan tetap dan 821 lantikan kontrak interim.
"Secara keseluruhan, pengisian jawatan jururawat di KKM telah mencapai 88 peratus," kata Lukanisman.
Jelasnya, seramai 582 jururawat telah meletak jawatan pada tahun 2024 dengan pelbagai alasan.
"Secara keseluruhan, pengisian jawatan jururawat di KKM telah mencapai 88 peratus," kata Lukanisman.
Jelasnya, seramai 582 jururawat telah meletak jawatan pada tahun 2024 dengan pelbagai alasan.
PM Anwar arah KPKM segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan di pasaran - Setiausaha Akhbar PM
Dalam pada itu, taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut menekankan berkenaan isu beras putih tempatan yang terus menjadi perhatian di negara ini.

Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.