Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) 2015 telah berkembang sebagai platform untuk memupuk perkongsian yang lebih kukuh di kalangan negara Islam, di samping komuniti antarabangsa yang lebih meluas, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah, kejayaan berterusan forum itu adalah bukti keyakinan terhadap potensi besar dunia Islam, yang secara gabungan menyumbang US$15 trilion dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang diselaraskan pariti kuasa beli (PPP), satu tahap output yang menyaingi beberapa ekonomi terbesar dunia.
"KDNK yang diselaras PPP dunia Islam berada pada US$15 trilion berbanding Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, yang KDNK masing-masing berjumlah US$17 trilion dan US$18 trilion," titah baginda dalam ucaptama pada majlis makan malam Forum Ekonomi Islam Sedunia 2015 di sini, malam tadi.
Menurut Sultan Nazrin Shah, kewangan Islam sudah diterima baik dalam sektor pembangunan selepas Bank Dunia dan Bank Pembangunan Islam bulan lalu mengumumkan perjanjian perkongsian strategik bagi meningkatkan kerjasama dan pelaburan di 56 negara anggota kedua-dua pertubuhan berkenaan di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
"Ini juga melibatkan pembiayaan bersama untuk mencapai US$9 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang. Kerjasama, termasuk melalui pelaburan bertanggungjawab dari segi sosial sukuk yang akan menyokong perkhidmatan infrastruktur, integrasi serantau dan pemudahan perdagangan rentas sempadan, air dan jaminan makanan, pendidikan serta pekerjaan.
"Ia juga akan menyokong pembangunan sektor swasta dan keusahawanan di negara anggota, di samping memberi sokongan kepada negara yang rapuh dan terjejas konflik yang semakin meningkat," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah turut mengingatkan orang ramai mengenai krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di dunia hari ini, di mana 90 peratus berlaku di negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan 30 daripada 33 konflik aktif terjadi di negara majoriti Islam.
"Bagaimanapun sebahagian besar pembiayaan kemanusiaan datang daripada negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)," titah baginda dengan menambah purata tempoh perpindahan penduduk akibat konflik adalah 17 tahun.
Sultan Nazrin Shah juga bertitah, pendekatan lebih baik diperlukan untuk menyokong mereka yang benar-benar tertinggal di belakang, terperangkap dalam krisis yang berlarutan serta bencana yang berulang, jika dunia menyasar untuk membina ketahanan bagi pertumbuhan saksama serta mencapai aspirasi Agenda 2030 dalam Matlamat Pembangunan Lestari.
"Kegagalan mencari penyelesaian baharu untuk membina ketahanan bukan sahaja untuk negara dan penduduk dalam krisis, tetapi juga untuk mereka yang berkongsi beban menjadi tuan rumah pelarian, akan menjurus kepada regresi pembangunan.
"Sekarang ini, lebih satu perempat dunia Islam hidup dengan kurang daripada satu dolar suku sehari. Ketika beta bertitah kepada anda petang ini, kita tahu lebih daripada 50 peratus negara mundur menghadapi krisis kemanusiaan. Kini adalah masanya untuk meneroka cara-cara inovatif untuk membiayai pengurusan krisis dan program pembangunan, terutama apabila krisis berlarutan lebih lama dan melambatkan pembangunan.
"Dunia Islam boleh menjadi lebih bermurah hati dan mempunyai kemudahan kewangan untuk memenuhi kekurangan pembiayaan kemanusiaan itu," titah baginda.
Bernama
Tue Nov 03 2015
Sultan Nazrin bertitah dunia Islam boleh menjadi lebih bermurah hati dan mempunyai kemudahan kewangan untuk memenuhi kekurangan pembiayaan kemanusiaan itu. - Gambar Bernama
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Lelaki tikam dua beranak hingga maut direman tujuh hari
Seorang lelaki yang menikam dua beranak sehingga maut dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Ayer Itam direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Pegawai kadet didakwa tekap seterika di tubuh pelatih junior
Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.
[TERKINI] Vivy, Fadza beri keterangan lebih lima jam ke SPRM
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direkod keterangan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lazzarini seru tindakan antarabangsa tarik balik pengharaman UNRWA
Ketua UNRWA memberi amaran bahawa jutaan rakyat Palestin akan terjerumus ke dalam huru-hara jika PBB tidak campur tangan untuk menghentikan undang-undang Israel yang melarang operasi agensi itu.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia - IRIS Institute
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS hanya akan memperkukuhkan kedudukan Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Asia Barat, tekan Hamas - Pakar
Presiden Terpilih AS, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Asia Barat.
Biden seru 'peralihan kuasa yang aman dan teratur' susulan kemenangan Trump
Biden telah berbincang dengan Trump untuk meyakinkan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangannya pastikan peralihan berjalan lancar.
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Donald Trump - PM Anwar
Perdana Menteri berharap sesuatu yang baik dapat dicapai daripada kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump
Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
Amerika kekal rakan dagangan utama, pelabur terbesar di Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, AS dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi serta perkongsian perdagangan yang terjalin sejak sekian lama.