Seorang individu dilaporkan maut manakala beberapa yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah rumah warga tua di bandar Vancouver, Washington, Amerika Syarikat.

Menurut polis, penyerang yang dipercayai melakukan jenayah ini secara sendirian sedang bersembunyi di dalam sebuah bangunan apartmen di situ.

Polis mengepung Smith Tower pada Khamis selepas menerima laporan berlaku tembakan di lobi bangunan, lapor rt.com.


Sekurang-kurangnya tiga individu ditembak di mana seorang daripadanya meninggal dunia, menurut jurucakap polis.

Dua mangsa tembakan yang cedera dilapor berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke Pusat Perubatan PeaceHealth Southwest.


Bangunan itu kini dikosongkan dan polis sedang berunding dengan penyerang yang dipercayai seorang lelaki warga tua berkulit putih.