Polis Belgium dan Perancis melancarkan gerakan memburu suspek besar-besaran lewat Selasa selepas penyerang bersenjatakan mesingan Kalashnikov terbunuh dan empat pegawai cedera dalam operasi anti-keganasan di Brussels yang dikaitkan dengan serangan Paris.
Polis bersenjata dikritik kerana menjalankan pemburuan di siang hari di satu lokasi di pinggir bandar sunyi, mencetuskan satu siri pertempuran bersenjata yang mencederakan empat pegawai dan menyebabkan kanak-kanak terperangkap di sekolah berhampiran.
Perdana Menteri Belgium, Charles Michel berkata operasi masih diteruskan selepas pertempuran di subbandar Forest di selatan Brussels, sambil menambah bahawa ia ada "kaitan dengan serangan di Paris".
"Ketika apa yang dipercayai satu carian rutin, pasukan keselamatan telah diserang. Ini diikuti dengan operasi polis yang masih diteruskan," kata Michel pada satu sidang media.
Majlis keselamatan negara yang dianggotai menteri utama dan pegawai keselamatan akan bermesyuarat pada Rabu, katanya.
Michel mengucapkan terima kasih kepada penduduk kerana "sikap tenang" mereka ketika insiden tembak-menembak meletus di jalan-jalan dengan berpuluh-puluh anggota polis bersenjatakan sub-mesingan dan memakai topeng muka mengepung kawasan itu.
Mayat yang dijumpai belum dikenal pasti, tetapi pendakwa berkata dia bukan Salah Abdeslam, suspek utama dalam insiden pembunuhan di Paris pada 13 November yang meragut 130 nyawa.
Sumber polis Perancis berkata, operasi itu memberi tumpuan kepada rakan sekutu seorang, atau lebih, daripada 11 yang telah didakwa di Belgium berhubung serangan itu.
AFP
Wed Mar 16 2016
Polis Belgium dan Perancis melancarkan gerakan memburu suspek besar-besaran lewat Selasa. -AFP
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
EU tidak boleh "membuta tuli ikut Washington" - Presiden Majlis Eropah
Pemimpin Eropah semakin menyokong desakan Presiden Perancis Emmanuel Macron supaya menjauhi "autonomi strategik" Amerika Syarikat (AS), kata presiden Majlis Eropah Charles Michel.
Pemimpin EU hampir capai persetujuan pelan rangsangan ekonomi 750b Euro
Ini selepas Presiden Majlis EU Charles Michel membentangkan kompromi untuk mengurangkan jurang antara kumpulan yang bersetuju dan yang tidak.
COVID-19: Kesatuan Eropah laksana sekatan kemasukan 30 hari
EU tubuh laluan pengangkutan pantas untuk peralatan perubatan, makanan dan barangan penting berjalan lancar di dalam negara Eropah
Letupan Brussels: "Ramai yang terkorban, detik hitam bagi Belgium" - PM Belgium
Perdana Menteri Belgium Charles Michel menyifatkan serangan di Lapangan Terbang Brussels dan stesen metro yang menyebakan ramai maut, sebagai "detik hitam" bagi negara berkenaan.
Serangan Paris: Individu paling dikehendaki di Eropah ditahan di Brussels
Salah Abdeslam dikatakan membantu merancang serangan pada 13 November lalu yang mengorbankan 130 orang dan 350 orang lagi cedera.
1 maut, 4 anggota polis cedera dalam operasi buru suspek serangan Paris
Perdana Menteri Belgium, Charles Michel berkata operasi masih diteruskan selepas pertempuran di subbandar Forest di selatan Brussels, sambil menambah bahawa ia ada "kaitan dengan serangan di Paris".