Dua belas orang terkorban selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang berpanjangan selama tiga hari.
Kesesakan lalu lintas sepanjang 20 kilometer itu menyebabkan berpuluh ribu orang terkandas.
Kesesakan yang teruk itu di sebuah lebuhraya utama di Brebes, sebuah bandar di Java, adalah terlampau teruk sehingga warganegara Indonesia telah memanggil pintu tol itu sebagai 'Brexit' dari perkataan 'Brebes exit'.
Jalan-jalan raya di negara majoriti penduduk Islam itu kebiasaannya sesak pada akhir bulan Ramadan, kerana jutaan orang balik ke kampung masing-masing untuk sambutan Aidilfitri.
Namun demikian, jurucakap Kementerian Pengangkutan negara itu, Hemi Pramuraharjo, memberitahu AFP kesesakan di 'Brexit' pada tahun ini adalah parah kerana kerana puluhan ribu kereta masuk ke lebuhraya tersebut.
"Dalam kes 'Brexit' ini, terdapat 12 mangsa meninggal pada hari-hari yang berbeza," katanya.
Beliau berkata kematian itu berlaku antara 3 Julai dan 5 Julai, dan bukannya dalam sehari seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Pramuraharjo berkata beberapa mangsa yang meninggal adalah orang tua, di mana ada yang meninggal kerana kepenatan melampau atau masalah kesihatan lain.
Media tempatan melaporkan terdapat juga kes seorang kanak-kanak berusia satu tahun yang meninggal akibat keracunan asap.
Lebih daripada 400 pengguna jalan raya telah terkorban di Indonesia semasa musim perayaan ini, termasuk kejadian 'Brexit', tambah Pramuraharjo.
Katanya, gerai tepi jalan dan pasar menambah kepada kesesakan yang sedia ada.
"Terdapat kesesakan di sana, di mana ada sebuah stesen minyak sangat berhampiran dan ramai orang beratur.
"Tidak ada ruang di jalan raya. Kami tidak mempunyai jalan penyelesaian," katanya.
Kementerian Kesihatan juga turut menafikan laporan sebelum ini bahawa mangsa 'Brexit' meninggal dunia dalam satu hari, dan menggesa pengguna jalan raya merancang perjalanan yang panjang untuk berehat dan mengambil segala langkah berjaga-jaga.
AFP
Fri Jul 08 2016
Berpuluh ribu orang terkandas di dalam kesesakan yang teruk di sebuah lebuhraya utama di Brebes. - Twitter/@TMCPoldaMetro
Banjir: Tindakan pantas PGU selamatkan nyawa pesakit jantung di Pasir Mas
Tindakan pantas Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelamatkan nyawa seorang mangsa banjir yang mengalami komplikasi jantung di kawasan terjejas teruk di Rantau Panjang,
Greece lancar kereta api bawah tanah Thessaloniki selepas 38 tahun pembinaan
Laluan yang baru dirasmikan itu adalah sepanjang 9.6 kilometer dan mempunyai 13 stesen.
Hampir 480,000 terjejas oleh cuaca buruk di Sri Lanka
Seramai 479,871 individu daripada 142,624 keluarga terjejas, dengan 17 kematian dan 20 kecederaan dilaporkan.
Suruhanjaya Eropah luluskan perjanjian Lufthansa dengan ITA milik Itali
Dengan pakej penyelesaian yang dicadangkan oleh syarikat penerbangan Jerman itu, syarat-syarat untuk perjanjian berkenaan telah dipenuhi.
12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Polis Daerah Tanah Merah melakukan operasi menyelamat pelajar SMU Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Puak pemberontak luaskan pergerakan di bandar Aleppo, serangan udara sasar kedudukan mereka
Kebanyakan penduduk dilaporkan berkurung di rumah, manakala sekolah dan institusi kerajaan hampir sepenuhnya ditutup.
Selatan India siap siaga hadapi Taufan Fengal
Difahamkan, taufan itu akan bergerak dengan kelajuan angin sekitar 70-80 kilometer per jam.
Isteri, bayi mati dihentak batu lesung hingga terbelah dua
Petani warga Desa Luwungragi, Kecamatan Bulakamba itu mengaku memukul isterinya tiga kali sampai batu lesung terbelah dua.
12 mati dalam kesesakan jalan raya Aidilfitri melampau di Indonesia
Dua belas orang terkorban selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang berpanjangan selama tiga hari.