Operasi mencari dan menyelamat diteruskan di barat Jepun pada Selasa bagi mengesan mangsa yang tertimbus susulan hujan lebat berterusan yang melanda negara itu sejak minggu lalu.
Hampir 130 terkorban manakala puluhan lain masih dilaporkan hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh akibat hujan.
Perdana Menteri Shinzo Abe membatalkan lawatan rasmi beliau ke luar negara bagi menangani banjir terburuk negara itu sejak 1982.
Keadaan cuaca kini telah berubah menjadi panas terik dengan catatan suhu melebihi 30 darjah Celsius.
Ini membimbangkan ramai penduduk di mana rumah mereka terputus bekalan elektrik dan air susulan bencana itu.
"Kami tidak boleh mandi, tandas kami tidak berfungsi dan bekalan makanan semakin berkurangan," kata seorang mangsa, Yumeko Matsui.
Rumahnya di bandar Mihara, di wilayah Hiroshima terputus bekalan air sejak Sabtu lepas.
Kira-kira 11,200 rumah terputus bekalan elektrik pada Isnin manakala beribu lagi tiada bekalan air.
Menurut stesen televisyen tempatan NHK, angka kematian meningkat kepada 126 orang pada Selasa manakala enam lagi dalam keadaan kritikal.
Tambahnya 63 orang pula dilaporkan hilang.
Lebih 1.7 juta penduduk masih belum boleh kembali ke kediaman masing-masing.
Reuters
Tue Jul 10 2018
Pasukan menyelamat memantau Mabi yang ditenggelami air akibat hujan lebat. - Foto Kyodo/via Reuters
PM Anwar adakan lawatan kerja ke London dari 15 hingga 19 Januari
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar, lawatan kerja Perdana Menteri ke negara ini adalah atas jemputan rakan sejawatnya Kier Starmar dan ia cerminan hubungan akrab yang terjalin antara kedua-dua negara.
Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga - KPN
Polis mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas mereka berkahwin di negara jiran pada September lalu.
Keunikan Tradisi di Tengah Kehidupan Moden
Hari ini masyarakat Tamil di seluruh negara menyambut perayaan Pongal atau dikenali sebagai pesta menuai, iiatu hari untuk menyatakan kesyukuran kepada alam semula jadi.
Angin Santa Ana mengganas, ancaman baharu Los Angeles
Anggota pasukan bomba di Los Angeles bersiap sedia berdepan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga hari ini dengan tiupan angin yang berpotensi menghidupkan semula dua kebakaran besar yang memusnahkan kawasan perumahan, puluhan nyawa terkorban dan membakar kawasan seluas Washington DC.
Agenda AWANI: Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah, atasi isu keciciran pelajar
Sejauh mana cadangan Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah mampu menangani masalah kehadiran dan keciciran pelajar serta meningkatkan kualiti pendidikan? Diskusi 8.30 malam
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Pelaksanaan saringan secara meluas air kencing di konsert tidak praktikal - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berpandangan, pelaksanaan ujian air kencing secara meluas di tapak konsert dilihat tidak praktikal dan sukar dilaksanakan.
Hakisan pantai: Beberapa kediaman menunggu masa rebah ke Bumi
Lima kediaman di Kampung Cacar Pantai di Dungun, Terengganu rosak teruk akibat hakisan pantai berikutan fenomena air pasang besar serta angin kencang.
Guru didakwa cabul murid darjah enam dalam rumah hantu
Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan tahun enam dalam rumah hantu karnival sekolah.
Polis lengkap kertas siasatan terhadap KJ
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan bekas menteri, Khairy Jamaluddin yang mengeluarkan kenyataan didakwa berunsur fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Azalina Othman Said berkaitan Titah Adendum.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam ini
Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,869 orang setakat 8 malam ini berbanding 3,779 orang yang direkodkan petang tadi.
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan mulai Rabu
Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Jan.