Dua serangan di pos kawalan keselamatan menyebabkan 15 anggota sukarelawan maut, termasuk dua wanita dan empat lagi cedera dalam kejadian lewat malam tadi.
Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jen Pol Prabpal Meemongkol berkata dalam kejadian kira-kira 10.15 malam (waktu tempatan) semalam, polis menerima laporan dua pos kawalan keselamatan iaitu di Mukim Lampaya dan Kampung Thung Sadao dipercayai diserang anggota kumpulan bersenjata.
"Ketika kejadian, anggota sukarelawan yang sedang bertugas di dua pos kawalan keselamatan telah diserang oleh kumpulan anggota bersenjata dan menyebabkan berlaku berbalas tembakan yang sengit.
"Lapan anggota sukarelawan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh lagi di Hospital Yala. Empat lagi yang cedera kini dirawat di hospital sama.
"Kumpulan penyerang turut melarikan lapan laras senjata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jarak kedua-dua pos kawalan itu antara 3 kilometer.
Selain itu, Prabpal berkata kumpulan penyerang turut mengebom tiang elektrik, membakar tayar dan menabur paku di sepanjang Jalan Lampaya-Lammai untuk menyukar usaha pihak berkuasa menjejaki mereka.
"Siasatan awal pihak polis mendapati kumpulan penyerang itu merupakan anggota bersenjata yang bergerak aktif di kawasan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 06 2019

Siasatan awal pihak polis mendapati kumpulan penyerang itu merupakan anggota bersenjata yang bergerak aktif di kawasan itu. - Foto Twitter Bernama

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.

Op Tebuk: Polis tembak mati empat penjenayah warga asing
Pemeriksaan mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang disyaki digunakan untuk menyerang anggota polis.

Polis tembak mati lelaki Afrika anggota kumpulan samun
Suspek berseorangan dan tidak mahu memberikan kerjasama, sebaliknya melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis.

Polis tembak mati penjenayah di Rawang
Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang.

Insiden berbalas tembakan di Jalan Abad, dua disyaki penjenayah maut
Semakan mendapati suspek yang berusia 42 tahun mempunyai 38 rekod jenayah dan dadah manakala identiti seorang lagi suspek masih belum dikenal pasti.

Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.

Polis temukan lima kelongsong peluru dalam kejadian berbalas tembak
Polis menemukan lima kelongsong peluru dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di jalan Bukit Kechik, Napoh, Changlun pada Jumaat.

Penjenayah mati berbalas tembakan dengan polis
Suspek dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat IPK Pulau Pinang di kawasan Machang Bubok.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Pegawai polis cedera ditembak di luar perkarangan lapangan terbang
Seorang pegawai polis cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan penjenayah di luar pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City.