Seramai 15 penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo di Indonesia disahkan dijangkiti pandemik koronavirus (COVID-19) selepas membuka keranda mayat pesakit COVID-19 di sini.
Menurut laporan Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa melahirkan rasa kecewa terhadap kejadian yang berlaku itu.
"Kejadian ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru mati akibat COVID-19.
"Ini kerana keluarganya membuka keranda, bahkan memandikan mayat sehingga ada yang dijangkiti," kata Khofifah semalam.
Khofifah berharap kejadian seperti itu tidak berulang kerana proses pengebumian mayat pesakit positif COVID-19 sangat ketat.
"Mudah-mudahan tidak akan ada upacara seperti itu lagi," katanya.
Sementara itu Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin mengatakan dia agak lewat menerima maklumat tersebut.
Nur Ahmad mengakui sememangnya berlaku kecuaian.
"Orang yang sepatutnya mengebumikan pesakit positif COVID-19 adalah pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas.
"Keranda tidak boleh dibuka dan pengebumian tidak boleh lebih dari empat jam," jelasnya.
Ujarnya, selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan telah melakukan ujian pantas dan ujian swab kepada penduduk di sini.
"Akibatnya,15 orang disahkan positif COVID-19 dan mukim ini menjalani kuarantin yang sangat ketat," katanya. - Agensi
Agensi
Mon May 18 2020

Majlis pengebumian pesakit Covid-19 di mukim Sidoarjo. - Foto Detik News

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, hab MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

15 penduduk kampung dijangkiti COVID-19 selepas buka keranda
Seramai 15 penduduk kampung disahkan dijangkiti pandemik koronavirus (COVID-19) selepas membuka keranda mayat pesakit COVID-19.