Sekurang-kurangnya 17 buruh asing maut digilis kereta api dalam satu kejadian di bandar Aurangabad di Maharashtra, India pada pagi Jumaat.
Menurut polis, kejadian itu berlaku sekitar jam 6.30 pagi waktu tempatan.
Jurucakap landasan kereta api India (Zon Tengah Selatan) berkata kemalangan itu berlaku berhampiran Karmad, Aurangabad ketika sebuah kereta api dengan muatan minyak diesel dan petrol melalui rel tersebut.
Difahamkan kesemua pekerja asing itu tidur berehat di atas rel tersebut selepas penat berjalan kaki menuju ke wilayah asal mereka.
Menurut pegawai polis tempatan, kesemua mangsa merupakan pekerja di pelantar besi dekat kejiranan wilayah Jalna.
Mereka menuju ke negeri asal mereka di Madhya Pradesh selepas kerajaan India mengumumkan perintah ‘lockdown’ di negara itu pada 24 Mac lalu bagi mengekang penyebaran COVID-19.
Dilaporkan, selepas kerajaan India mengumumkan perintah berkurung itu, berjuta-juta pekerja asing mula membuat perjalanan mereka untuk kembali ke wilayah asal mereka.
Dalam pada itu, Perdana Menteri India Narendra Modi turut mengucapkan takziah buat kesemua mangsa kemalangan tersebut.
Polis sedang berusaha untuk mengenal pasti kesemua mangsa, sementara Pasukan Polis Kereta Api (RPF) sedang giat menjalankan siasatan.
Afiq Ariffin
Fri May 08 2020

Menurut pegawai polis tempatan, kesemua mangsa merupakan pekerja di pelantar besi dekat kejiranan wilayah Jalna. -Foto Twitter / TOI Aurangabad

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

17 pekerja maut digilis ketika tidur atas rel kereta api
Difahamkan kesemua pekerja asing itu tidur berehat di atas rel tersebut selepas penat berjalan kaki menuju ke wilayah asal mereka.

Cuba ambil telefon bimbit, wanita maut digilis kereta api
Seorang wanita maut digilis kereta api apabila gagal mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di atas landasan dalam satu kejadian di Chicago, Amerika Syarikat

Pelajar maut digilis lori ais
Seorang murid tahun satu maut selepas dirempuh sebuah lori ais pada Ahad.

Kaki kanak-kanak 8 tahun hancur digilis lori pasir
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hancur kaki kanan dan cedera tangan kiri selepas digilis sebuah lori pasir.

Beberapa suspek kes pembunuhan di Taman Pelangi dikesan lari ke Thailand
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, usaha sedang dilakukan untuk mengesan dan menangkap kesemua mereka menerusi bantuan Polis Diraja Thailand.

Kes tikam, gilis: Polis jumpa BMW putih
Kereta tersebut ditemui di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Ayer Baloi dekat Pontian, 3 petang semalam.

Enam termasuk wanita ditahan reman bantu siasat kes tikam, langgar Johor Bahru
Enam individu termasuk seorang wanita direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki yang ditikam, dilanggar dan digilis di Johor Bahru.

Kes tikam dan gilis: Polis Johor tahan 2 suspek
Polis Johor menahan dua suspek kira-kira 2.30 pagi Rabu bagi membantu siasatan kes tikam dan gilis seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru.

Tiada unsur bunuh diri dalam insiden lelaki maut digilis ERL - polis
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin dalam satu kenyataan berkata identiti mangsa dikenal pasti sebagai Jagdish Singh berusia 39 tahun.

Lelaki dipercayai penumpang putus kepala digilis ERL
Seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya maut dipercayai digilis keretapi KLIA Transit yang dikendalikan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menghala ke Stesen Kuala Lumpur Sentral, malam tadi.