Sejumlah 47.9 peratus responden rakyat Indonesia percaya bahawa mereka memiliki kekebalan dalam mendepani wabak COVID-19.
Ini merupakan dapatan berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Lembaga Survei KedaiKOPI terhadap 483 responden pada awal Mac lalu.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutifnya, Dr Kunto Adi Wibowo berkata, secara majoriti, para responden menganggap COVID-19 sebagai ancaman yang serius bagi Indonesia.
“Mungkin kerana sejak awal, dari Januari hingga Februari, kerajaan masih bertindak sederhana berkenaan koronavirus.
"Malah, beberapa menteri mengatakan bahawa Indonesia kebal. Malah, seminggu lalu, ada beberapa menteri yang mengatakan cuaca panas di Indonesia tidak sesuai untuk virus COVID-19 menular.
“Ini tidak tepat (mislead) kepada orang ramai, hingga menjadikan rakyat hanya sambil lewa terhadap amalan kesihatan yang harus dilakukan,” katanya ketika ditemu bual dalam Agenda AWANI.
Kajian itu turut mendapati dua per tiga responden memiliki kepercayaan yang tinggi terhadap pemerintah dalam menangani COVID-19.
Namun, majoriti iaitu 50.3 peratus kurang percaya dengan layanan dan fasiliti kesihatan di daerahnya jika COVID-19 menular.
“Sebenarnya, kalau doktor-doktor di hospital atau klinik yang sempat saya hubungi, mereka juga kebingungan kerana tidak ada arahan yang jelas dan tegas dari pemerintah pusat terutama dari Kementerian Kesihatan.
“Itu cukup membuat situasi di lapangan agak mengkhuatirkan. Bagi saya asas kepada ini adalah data, kita perlu mendiagnosis secara tepat bilakah puncaknya. Kalau ujian dibuat secara massa, pemimpin pusat perlu terbuka terhadap hasil ujian tersebut,” katanya.
Responden dalam masa sama menganggap penyaluran informasi daripada pemerintah dan media massa adalah cukup tinggi.
Melihat kepada amalan pencegahan, 86.6 peratus responden percaya bahawa mencuci tangan dengan sabun boleh mencegah jangkitan COVID-19.
Namun, majoriti responden tidak menggunakan topeng mulut dan hidung setelah mereka mengetahui informasi berkenaan COVID-19.
Penggunaan cecair nyahkuman oleh responden lebih tinggi daripada penggunaan topeng mulut dan hidung, sebagai bentuk pencegahan COVID-19.
(Ikuti temubual Dr Kunto Adi Wibowo bersama Nazri Kahar dalam Agenda AWANI pada Khamis, 9 April pukul 9 malam di saluran 501 Astro AWANI)
Astro Awani
Wed Apr 08 2020
Sejumlah 47.9 peratus responden rakyat Indonesia percaya bahawa mereka memiliki kekebalan dalam mendepani wabak COVID-19. - Foto Lembaga Survei KedaiKOPI
Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal
Kemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada anggota badan.
Sesi permukiman jemaah menteri ketiga tidak lama lagi - PM Anwar
Beliau berkata sesi permukiman itu juga menjadi platform untuk barisan menteri membaiki kelemahan dalam pentadbiran ketika ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, tinggi berbanding mata wang utama lain
Pada pukul 8 pagi, ringgit susut kepada 4.4850/4950 berbanding dolar AS daripada 4.4760/4810 semasa ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2025/1446H
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Media sosial vs tabiat membaca: Wujudnya generasi ‘brain rot’
Pembacaan bukan sekadar soal mendapatkan maklumat tetapi tentang memahami, berfikir secara kritikal dan menyelami idea yang kompleks.
Banjir: Tak menang tangan, JKM Kelantan rayu kerajaan tambah kakitangan
Azizan berkata, sewaktu gelombang pertama melanda November lalu, setiap seorang anggotanya perlu mengendalikan 1,000 orang mangsa di PPS.
RINGKAS SHORT 9AM_0301
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 3 Januari 2025
1️⃣ Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2025/1446H
2️⃣ Pelawak jalani hukuman di Arab Saudi
3️⃣ Ganjaran RM10,000, maklumat pembunuh kucing
#awaniringkas
1️⃣ Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2025/1446H
2️⃣ Pelawak jalani hukuman di Arab Saudi
3️⃣ Ganjaran RM10,000, maklumat pembunuh kucing
#awaniringkas
63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS
Seramai 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.
AWANI Pagi: Jangkitan HPV: Setia bukan penentu
Diskusi Jumaat, 8:30 pagi bersama Dr Nor Azura Nor Mohamad, Pakar Perunding Kanser Sakit Puan, UiTM Private Specialist Center (UPSC) membincangkan segala yang wanita perlu tahu mengenai jangkitan HPV dan cara terbaik menanganinya.
Negara jalani proses tender telus, tiada skandal besar dalam dua tahun - PM
Negara menjalankan proses tender yang telus hingga tiada skandal besar berlaku dalam tempoh dua tahun di bawah pimpinan Kerajaan MADANI.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.