Yahoo berkata pada Khamis bahawa serangan besar-besaran pada rangkaiannya pada 2014 telah mebolehkan penggodam mencuri maklumat daripada separuh bilion pengguna, dan ia berkemungkinan kejadian itu 'ditaja dana negara'.
Yahoo, yang telah mengesahkan butiran penggodaman tersebut beberapa bulan selepas laporan mengenainya dibuat, berkata siasatannya menyimpulkan bahawa 'sesetengah maklumat akaun pengguna telah dicuri' dan serangan datang daripada ‘pihak yang diupah untuk mencuri maklumat’.
"Berdasarkan siasatan yang masih berlangsung, Yahoo percaya sekurang-kurangnya 500 juta maklumat akaun pengguna telah dicuri. Yahoo berkerjasama dengan penguatkuasa undang-undang berkaitan perkara ini," jelas syarikat Internet gergasi itu.
Komen itu dikeluarkan berikutan satu laporan pada awal tahun ini apabila seorang penyelidik keselamatan mendedahkan terdapat 200 juta akaun telah diceroboh dan data yang dicuri sudah ditawarkan dalam jualan atas talian.
Yahoo berkata, maklumat yang dicuri itu termasuklah nama, alamat e-mel, tarikh lahir dan kata laluan yang dirombak, bersama soalan keselamatan dan jawapan yang mampu membantu penggodam memecah masuk akaun mangsa.
Seorang penganalisis keselamatan komputer, Graham Cluley, berkata bahawa Yahoo percaya penggodaman itu ‘ditaja’, namun syarikat itu tidak memberikan maklumat lanjutan mengenainya.
Seorang pakar keselamatan data dari University of Notre Dame Timothy Carone menggambarkan Rusia, China dan Korea Utara sebagai tiga suspek utama dalam penggodaman berkenaan.
Yahoo juga meminta pengguna yang terjejas untuk menukar kata laluan dan mengingatkan sesiapa yang belum berbuat demikian sejak 2014 untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga.
AFP
Fri Sep 23 2016
Yahoo berkata, maklumat yang dicuri itu termasuklah nama, alamat e-mel, tarikh lahir dan kata laluan yang dirombak bersama soalan keselamatan dan jawapan yang mampu membantu penggodam memecah masuk ke dalam akaun mangsa. - Gambar fail
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Seorang kakitangan universiti didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).
Dua lagi kes mpox varian berpotensi maut disahkan di UK
Dua lagi kes mpox dengan varian yang berpotensi membawa maut dikesan di United Kingdom melibatkan indicidu kontak rapat kes pertama.
Lebih 1,500 cerun berisiko tinggi di seluruh negara
Kementerian Kerja Raya maklumkan, sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi.
Parlimen: Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan rakyat mereka.
Da’i Syed bertekad bersihkan nama di mahkamah
Pendakwah selebriti Da’i Syed bertekad membersihkan namanya selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2019.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Pengambilan tanah, pengalihan utiliti punca projek tebatan banjir lewat
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, proses pengambilan tanah yang memakan masa terlalu lama menjadi antara punca utama berlakunya kelewatan projek rancangan tebatan banjir (RTB) khususnya di Pantai Timur.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Toyota USA digodam, 240GB data pekerja dan pelanggan syarikat dicuri
Kumpulan penggodam ZeroSevenGroup mengaku bertanggungjawab ke atas serangan godaman tersebut.
500 juta akaun pengguna Yahoo digodam, mungkin 'ditaja dana negara'
Yahoo telah mengesahkan butiran penggodaman tersebut beberapa bulan selepas laporan mengenainya dibuat.