WAKIL Parti Buruh Sadiq Khan mencatat sejarah apabila dilantik menjadi Datuk Bandar London pertama beragama Islam, selepas mengatasi calon Konservatif, Zac Goldsmith.
Pemilihannya dianggap satu perkembangan positif memandangkan Sadiq beragama Islam dan kini menerajui sebuah bandar raya yang majoriti penduduknya adalah Kristian.
BACA: Sadiq Khan dilantik Datuk Bandar London pertama beragama Islam
Kemenangan Sadiq turut menamatkan penguasaan lapan tahun Konservatif di London, yang mempunyai populasi penduduk seramai kira-kira lapan juta orang.
Beliau juga merupakan Datuk Bandar Asia British yang pertama di London.
Dengan kemenangan bersejarah ini, mari kita lihat lapan fakta berkenaan Datuk Bandar London terbaharu itu.
1. Ibu bapa Sadiq merupakan pendatang dari Pakistan, India yang kemudiannya menetap di London. Sadiq dilahirkan di Tooting, London.
2. Sadiq adalah anak kepada pemandu bas, Amanullah Khan dan tukang jahit Sehrun Khan. Beliau merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik.
3. Memetik laporan laman portal BT, Sadiq membesar di estet perumahan Tooting, memperoleh ijazah undang-undang University of North London sebelum menjadi seorang peguam hak asasi manusia.
4. Sepanjang kariernya sebagai peguam, Sadiq pernah bekerja untuk beberapa pelanggan kontroversi.
5. Menceburi bidang politik tempatan pada 90-an, Sadiq menjadi Ahli Parlimen pertama beragama Islam di London apabila dipilih mewakili kawasan Tooting pada tahun 2005, lapor Wikipedia.
6. Beliau turut dilantik sebagai Menteri Komuniti Negeri pada tahun 2008, kemudian menjadi Menteri Pengangkutan Negeri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Gordon Brown bagi kerajaan Buruh.
7. Sadiq berkahwin dengan Saadiya, seorang peguam dan mempunyai dua anak perempuan.
8. Sadiq juga pernah menulis buku bertajuk 'Fairness Not Favours: How to reconnect with British Muslims.'
Kohilah Sekaran
Sun May 08 2016
Dengan kemenangan bersejarah ini, mari kita melihat 6 fakta berkenaan Datuk Bandar London pertama yang beragama Islam, Sadiq Khan.
PN ada peluang menang jika banyak sentuh isu rakyat
Mujibu Abd Muis ketika dihubungi Astro AWANI berpandangan, PN seharusnya menekankan lebih banyak isu rakyat kerana rekod terdahulu menunjukkan ia boleh membawa keputusan positif.
Formula terbaik kerjasama BN-PH untuk menang PRU16
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berpandangan keputusan yang diperolehi semalam menjadi petanda baik kepada parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan untuk memupuk kerjasama yang lebih erat.
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16
Formula perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya yang akan datang termasuk Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kerana ia memberi isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik kerjasama politik itu.
Kejayaan atlet para diharap cetus kesedaran ibu bapa anak OKU
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata kejayaan atlet para negara mampu membuka mata ibu bapa kepada anak-anak OKU untuk mendedahkan mereka kepada aktiviti sukan.
Operasi bersepadu kenderaan berat diperhebat
Kementerian Pengangkutan akan terus mengetatkan dan memperluas operasi bersepadu kenderaan berat termasuk lori bagi memastikan pemandu sentiasa mematuhi peraturan selain tidak berada di bawah pengaruh dadah.
Pemandu lori belok mengejut, penunggang motosikal tak sempat elak cedera
Seorang penunggang motosikal cedera akibat kecuaian pemandu lori yang secara tiba-tiba membelok ke arah kiri untuk masuk ke sebuah simpang di Kilometer 48.7 Lebuhraya Cyberjaya dekat Dengkil, Sepang, pada Sabtu.
Tokyo lancar aplikasi janji temu AI untuk cari pasangan
Kerajaan metropolitan Tokyo melancarkan aplikasi janji temu baharu untuk telefon pintar yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memadankan individu yang serius mengenai perkahwinan.
Houthi buat serangan, sasar ketibaan Netanyahu dari New York
Jurucakap tentera Houthi Yahya Saree berkata operasi itu dilaksanakan menggunakan peluru berpandu balistik "Palestin 2" dan berikrar untuk terus bertindak balas terhadap Israel.
Sekurang-kurangnya 112 nyawa
Sekurang-kurangnya 112 orang maut manakala 68 lagi hilang akibat banjir besar di Nepal yang disebabkan oleh hujan lebat dalam tempoh 54 tahun.
230 kes penerbangan dron tanpa kelulusan di sekitar pejabat Presiden Korea Selatan
Sebanyak 230 kes penerbangan dron tanpa kebenaran di sekitar pejabat presiden dilaporkan sehingga tahun lepas.
Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula pada sesi persekolahan 2024/2025 - KPM
Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Mahkamah tolak rayuan ibu mualaf untuk kembalikan status masuk Islam dua kanak-kanak
Keputusan sebulat suara berkata Mahkamah Rayuan terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes guru tadika M. Indira Ghandi.
Kerjasama UMNO-PAS beri manfaat kepada penyatuan ummah - Ismail Sabri
Kerjasama antara Umno dan PAS sekiranya dimaterialisasi akan memberi manfaat kepada penyatuan ummah, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
8 fakta penting tentang Sadiq Khan, Datuk Bandar London pertama beragama Islam
Dengan kemenangan bersejarah ini, mari kita lihat lapan fakta berkenaan Datuk Bandar London pertama beragama Islam, Sadiq Khan.