Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dilaporkan telah dibunuh di Malaysia.
Agensi berita Yonghap dan beberapa agensi Korea Selatan yang memetik sumber yang tidak dinamakan berkata, Kim Jong Nam dibunuh pada pagi Isnin, tanpa memberikan maklumat lanjut.
Kim Jong Nam sememangnya diketahui menghabiskan banyak masanya di luar negara dan sering mengeluarkan kenyataan mengecam pemerintahan dinasti di negara itu.
Dia dipercayai berusia sekitar 40an.
Sementara itu siaran TV Chosun Korea Selatan yang memetik beberapa sumber kerajaan berkata Kim telah diracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur oleh dua wanita dipercayai ejen Korea Utara yang masih bebas.
Sementara itu Reuters melaporkan jurucakap polis Malaysia mengesahkan seorang lelaki telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari KLIA, namun identiti lelaki terbabit masih belum dapat disahkan.
Selain itu, Kementerian Luar Korea Selatan turut tidak dapat mengesahkan berita pembunuhan itu.
Kim Jong Nam dan Kim Jong Un adalah anak kepada bekas pemimpin, Kim Jong Il yang meninggal dunia pada 2011, namun berlainan ibu.
Pada 2001, Kim Jong Nam ditahan di lapangan terbang Jepun atas kesalahan membawa pasport palsu. Dia berkata ingin melawat Disneyland Tokyo ketika itu.
Selain Jepun, dia sering ke Hong Kong, Macau dan China.
Agensi
Tue Feb 14 2017

Agensi berita Yonghap dan beberapa agensi Korea Selatan yang memetik sumber yang tidak dinamakan berkata, Kim Jong Nam (gambar) dibunuh pada pagi Isnin. - Foto Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang
Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.

Kaunselor Kedutaan Korea Utara marah gambar dirakam media
Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-song berang apabila pengamal media merakamkan gambarnya yang sedang meletakkan sampah di hadapan kedutaan itu malam tadi.

Pembunuhan Jong Nam: Kedutaan Korea Utara belum beri kerjasama - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak menerima maklumat daripada kedutaan mahupun kerajaan Korea Utara berhubung tujuh individu yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Pembunuhan Jong Nam: Polis tidak pasti dakwaan dua suspek bersembunyi di kedutaan - Khalid
Polis belum dapat mengesahkan dakwaan bahawa dua suspek yang dicari untuk membantu siasatan pembunuhan Kim Jong Nam sedang 'bersembunyi'di Kedutaan Korea Utara di sini.

Infografik: Siapa Kim Jong-Nam?
Jong Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Tiada kecederaan dikesan pada tubuh Kim Jong Nam - KKM
Kementerian Kesihatan mendedahkan siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan suntikan atau kecederaan pada tubuh Kim Jong Nam.

Empat berlepas dari KL sejam selepas pembunuhan Jong Nam - Sumber
Keempat-empat lelaki yang dipercayai dalang pembunuhan Kim Jong Nam disahkan telah keluar dari negara ini dan dilaporkan sudah berada di Korea Utara.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.

Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis
Empat suspek kes pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini pada hari kejadian dia dibunuh.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Hanya satu pihak sepatutnya keluarkan kenyataan - Penganalisis
Ini kerana berlaku percanggahan dan kekeliruan dalam kenyataan yang dikeluarkan pasca pembunuhan Kim Jong Nam.