Adik mendiang George Floyd, Terrence menggesa protes oleh penunjuk perasaan dijalankan secara aman.
Kenyataan berkenaan dibuat ketika upacara memperingati mendiang abangnya yang diadakan di New York.
Upacara berkenaan turut dihadiri aktivis hak asasi manusia Al Sharpton.
Ia adalah upacara mengenang mendiang Floyd yang pertama daripada enam yang dirancang di tiga bandar utama.
Floyd meninggal dunia pada 25 Mei selepas anggota polis, Derek Chauvin menekan lehernya dengan lutut selama beberapa minit ketika ditahan.
Di New York, pengguna media sosial merakam video yang menunjukkan polis secara sengaja memukul seorang penunggang basikal.
Polis dilaporkan menggunakan cota untuk memukul penunggang basikal berkenaan ketika dia berada di persimpangan jalan.
Dalam masa yang sama, polis di New York mengarahkan orang ramai untuk mengosongkan kawasan di sekitar bandar itu dan mematuhi perintah berkurung yang dilakukan di bandar berkenaan.
Menurut laporan The Associated Press, polis turut menggunakan cota dan penyembur lada untuk mengarahkan orang ramai pulang ke rumah dengan lebih pantas.
Menurut polis New York, tiada lagi kompromi diberikan kepada mereka yang enggan pulang ke rumah dan mematuhi arahan tidak keluar rumah di bandar itu.
Sementara itu, satu video menunjukkan polis menekan leher seorang lelaki kulit hitam di Sarasota, Florida diedarkan.
Video berkenaan dilaporkan dirakam seminggu sebelum kematian Floyd di Minneapolis.
Ia dirakam orang ramai yang menyaksikan penahanan Patrick Carroll yang disyaki terlibat dalam keganasan rumah tangga.
Pihak polis dilaporkan menyiasat insiden tersebut.
Sementara itu, penunjuk perasaan turut merakam video yang menunjukkan polis menyembur mereka dengan gas pemedih mata selepas mengepung kumpulan berkenaan.
Insiden berlaku di North Carolina dan polis mengeluarkan kenyataan akan menyiasat insiden berkenaan.
Dalam pada itu, Ahli Senat dari parti Demokrat bertafakur selama 8 minit 46 saat untuk mengenang mendiang Floyd.
Ia merupakan durasi Floyd ditekan lehernya oleh anggota polis sebelum dia meninggal dunia.
Astro Awani
Thu Jun 04 2020
![Adik mendiang George Floyd gesa protes aman Adik mendiang George Floyd gesa protes aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591309771_TerrenceFloydbrot.jpg)
Terrence menggesa penunjuk perasaan untuk mengadakan protes aman. -Reuters
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.
![Adik mendiang George Floyd gesa protes aman Adik mendiang George Floyd gesa protes aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591309771_TerrenceFloydbrot.jpg)
Adik mendiang George Floyd gesa protes aman
Adik mendiang George Floyd, Terrence menggesa penunjuk perasaan untuk mengadakan protes aman.