Penyandang Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, akan didakwa ke mahkamah sebagai penista agama ekoran kenyataannya yang memetik surah Al-Maidah semasa bertemu pengundi di Kepulauan Seribu di sini dua bulan lepas.
Ketua Polis Republik Indonesia Tito Karnavian memberitahu pemberita di sini hari ini, pasukan khas siasatan dianggotai 27 orang termasuk ulama, pakar bahasa dan pakar psikologi, mendapati Ahok dituduh menistakan agama Islam.
Terdapat perbezaan pendapat antara ahli bahasa dan tokoh agama tetapi majoriti anggota pasukan penyiasat berpendapat Ahok harus didakwa atas kenyataannya yang menyentuh tafsiran Al-Quran itu, katanya yang dipetik oleh media-media dalam talian.
Ahok akan mempertahankannya jawatannya sebagai Gabenor Jakarta pada Pilihan raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari 2017 dan dicabar oleh dua calon iaitu Anies Bsawedan dan Agus Harimurti Yudhoyono.
Dalam ucapannya di Kepulauan Seribu itu, Ahok didakwa meminta umat Islam supaya tidak terpedaya dengan pihak menggunakan ayat 51 surah Al-Maidah dalam Al-Quran yang menyebut umat Islam dilarang memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka.
Kenyataan Ahok itu telah mencetus kemarahan umat Islam di Indonesia dan ratusan ribu umat Islam menganjurkan demonstrasi membantah Ahok di ibu kota Jakarta pada 4 Nov lepas.
Tito berkata Ahok akan didakwa di bawah Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik dan kesnya akan berlangsung di mahkamah secara terbuka. Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam tahun dan denda Rp1 miliar (kira-kira RM300,000).
Sementara itu, Ketua Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) Jakarta, Sumarno pula berkata status Ahok sebagai tertuduh tidak menjejaskan haknya untuk bertanding dalam Pilkada sehingga jika beliau didapati bersalah.
Katanya Ahok masih bebas untuk berkempen dan dalam masa yang sama beliau harus hadir ke mahkamah bagi menjalani proses perbicaraan.
Ahok pula dalam reaksinya dipetik sebagai berkata beliau akan menghadapi tuduhan itu dan yakin dirinya tidak bersalah kerana telah difitnah.
"Saya akan membela diri di mahkamah dan akan menghadapi sebarang tuduhan, saya tidak bersalah, saya tiada langsung bermaksud untuk menista agama," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 16 2016
![Ahok akan didakwa kerana menghina agama - Ketua Polis Indonesia Ahok akan didakwa kerana menghina agama - Ketua Polis Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479309261_ahoktjahaja.jpg)
Ahok akan mempertahankannya jawatannya sebagai Gabenor Jakarta pada Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari 2017. - Foto Reuters
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
![Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815984_TBLINDABEEGO.jpg)
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
![Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu? Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738819574_TBKANNA.jpg)
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
![Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738817318_TBHELICRASH.jpg)
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
![Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738820144_AzamBaki.jpg)
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
![Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
5.4 juta terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025
5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
![Bebas dari penjara, Ahok tukar nama dan bakal kahwin Bebas dari penjara, Ahok tukar nama dan bakal kahwin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71546773081_Ahok.jpg)
Bebas dari penjara, Ahok tukar nama dan bakal kahwin
Beliau mahu menjenamakan semula personalitinya dengan anggilan BTP (singkatan bagi Basuki Tjahaja Purnama).
![Ahok kekal dalam penjara selepas rayuan ditolak mahkamah Indonesia Ahok kekal dalam penjara selepas rayuan ditolak mahkamah Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492664793_ahok.jpg)
Ahok kekal dalam penjara selepas rayuan ditolak mahkamah Indonesia
Jurucakap mahkamah pada Isnin memberitahu, ahli politik itu akan terus menjalani hukuman penjara dua tahun.
![Bekas Gabenor Jakarta diberi pengampunan khusus sempena Krismas Bekas Gabenor Jakarta diberi pengampunan khusus sempena Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51481614891_Ahok.jpg)
Bekas Gabenor Jakarta diberi pengampunan khusus sempena Krismas
Ahok yang sedang menjalani hukuman penjara dua tahun diberikan pengampunan khusus untuk berada di luar penjara bagi menyambut perayaan Krismas Isnin lalu.
![Isu Ahok: Media Malaysia, antarabangsa suarakan kebimbangan Isu Ahok: Media Malaysia, antarabangsa suarakan kebimbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81478410404_BasukiTjahajaPurna.jpg)
Isu Ahok: Media Malaysia, antarabangsa suarakan kebimbangan
Data persepsi ini merupakan hasil tinjauan oleh Indonesia Indicator melibatkan 128 laporan daripada 78 media berbahasa Inggeris di Asia, Amerika Syarikat, UK, Australia dan New Zealand.
![Pilkada Jakarta: Anies mendahului dalam kiraan pantas, keputusan rasmi awal Mei Pilkada Jakarta: Anies mendahului dalam kiraan pantas, keputusan rasmi awal Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492588380_AniesBaswedan.jpg)
Pilkada Jakarta: Anies mendahului dalam kiraan pantas, keputusan rasmi awal Mei
Sama ada Ahok mahupun Anies, perlu keputusan majoriti mudah untuk menang, dan suruhanjaya pilihan raya akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.
![Pilihan raya Jakarta diadakan dua pusingan Pilihan raya Jakarta diadakan dua pusingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479309261_ahoktjahaja.jpg)
Pilihan raya Jakarta diadakan dua pusingan
Seperti yang diduga, Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus.
![Pilkada DKI Jakarta: Ahok mendahului dalam pengiraan awal Pilkada DKI Jakarta: Ahok mendahului dalam pengiraan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61487166035_BasukiCampaign.jpg)
Pilkada DKI Jakarta: Ahok mendahului dalam pengiraan awal
Kesemua lima badan pengiraan undian awal menunjukkan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok mendahului dua lagi pasangan lain.
![Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487119584_Indonesia.jpg)
Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah
Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok berdepan dengan dua pencabar Muslim, sekali gus mencetus polemik agama dan menguji kepatuhan konsep pluralisme dan kesederhanaan di Jakarta.
![Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81486799106_MasjidIstiqlal.jpg)
Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam
Jutaan penduduk Jakarta akan ke peti undi pada Rabu minggu depan untuk memilih gabenor baharu dalam satu pertandingan sengit.
!['Saya rela ditangkap dan dipenjara jika bersalah' - Ahok 'Saya rela ditangkap dan dipenjara jika bersalah' - Ahok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81478410404_BasukiTjahajaPurna.jpg)
'Saya rela ditangkap dan dipenjara jika bersalah' - Ahok
Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama berkata beliau sebenarnya telah difitnah.