Pesawat Korean Air mengalami kerosakan pada bahagian ekor apabila berlaku perlanggaran dengan sayap sebuah pesawat lain di landasan.
Dalam kejadian di lapangan terbang Frankfurt, Jerman pada jam 6 petang Sabtu waktu tempatan, pesawat berkenaan dilapor sedang menunggu di landasan selepas mendarat.
Namun secara tiba-tiba, penstabil mendatar (horizontal stabiliser) pesawat KE905 itu dilanggar sayap kiri kapal terbang milik Air Namibia.
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua pesawat mengalami kerosakan dan penerbangan tertangguh lebih 21 jam, menurut kenyataan lapangan terbang Frankfurt.
"Sayap kiri pesawat Air Namibia berlanggar dengan penstabil mendatar (horizontal stabiliser) pesawat KE905 Korean Air ketika ia sedang menunggu di lapangan terbang selepas mendarat."
Punca kemalangan dan tahap kerosakan pada kedua-dua pesawat kini disiasat Biro Siasatan Kemalangan Pesawat Persekutuan (BFU).
Difahamkan, Korean Air membawa 241 penumpang dan 40 anak kapal ketika pertembungan berlaku.
"Kami mengesahkan tiada penumpang atau anak kapal yang cedera," kata Air Namibia dalam kenyataan berasingan.
Astro Awani
Sun Nov 17 2019
Pesawat Korean Air mengalami kerosakan pada bahagian ekor apabila berlaku perlanggaran dengan sayap kiri Air Namibia di landasan. -Gambar fail
23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di timur Lubnan
Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar.
AWANI Ringkas: Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump rancang pecat pasukan peguam penyiasat Jack Smith
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump, dilaporkan merancang untuk memecat keseluruhan pasukan Peguam Khas Jack Smith.
Menurut media tempatan, ia susulan pasukan itu yang menyiasat penglibatannya dalam insiden rusuhan di Capitol pada 2021 serta kes dokumen sulit.
Menurut media tempatan, ia susulan pasukan itu yang menyiasat penglibatannya dalam insiden rusuhan di Capitol pada 2021 serta kes dokumen sulit.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.
Cadangan tertakluk justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari mulai 30 November
Rakyat Malaysia yang memasuki China bakal menikmati pengecualian visa pelancong sehingga 30 hari berbanding ketika ini 15 hari.
Empat individu cemas, rumah kedai terbakar di Kajang
Empat individu termasuk dua wanita dan dua lelaki terselamat dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, awal pagi Ahad.
Udit Narayan galak penyanyi bakat baharu Malaysia kekal dedikasi dan kerja keras
Malaysia, pada pandangan Udit, menghargai dunia muzik serta penyanyi-penyanyi berbakat.
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.
Air Namibia, Korean Air berlanggar di Frankfurt
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua pesawat mengalami kerosakan dan penerbangan tertangguh lebih 21 jam.