SIAPA yang tidak mahu dijemput Ilahi dalam husnul khatimah?
Hakikatnya, bukan semua daripada kita akan menjadi insan terpilih yang bertuah itu.
Kisah seorang gadis cantik bernama Andi Aisyah Bahar menjadi tular baru-baru ini biarpun dia bukan daripada kalangan selebriti ternama.
Aisyah, baru berusia 22 tahun dan berasal dari Makassar, Indonesia, meninggal dunia Khamis minggu lalu.
Apa yang menjadikan cerita Aisyah tular adalah bagaimana dia 'pergi' ketika sedang mengalunkan ayat suci al-Quran.
Menurut laporan portal media Indonesia, Liputan 6, bapa Aisyah, Andi Bahar memaklumkan anaknya ketika itu sedang membaca surah Al-Mutaffifin selepas selesai mengerjakan solat Subuh.
"Malam sebelum meninggal, Aisyah bangun menunaikan solat sunat. Dia juga sempat bersahur untuk berpuasa kerana sudah menjadi kebiasaan untuk dia berpuasa setiap Isnin dan Khamis.
"Dia minta saya temaninya membaca al-Quran. Tak pernah dia minta begitu sebelum ini. Dia juga meminta saya memperbetulkan bacaannya.
"Belum sempat menghabiskan surah itu, dia menghampiri dan memeluk saya, dan meminta saya membimbingnya mengucap dua kalimah syahadah.
"Dia meninggal dunia selepas itu," kata Andi sambil memberitahu anak kelimanya itu tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.
"Dia pernah mengadu sakit kepala beberapa kali, tetapi selepas diperiksa doktor, dia disahkan sihat," tambah Andi Bahar.
Ibu Aisyah, Andi Ratna pula memberitahu media, dia dan suami reda sekalipun tiga anak mereka, termasuk Aisyah, dijemput dalam usia yang sangat muda dan dalam keadaan sihat.
Dua abang Aisyah, Andi Ibrahim dan Andi Asri, meninggal dunia ketika sedang iktikaf di masjid, masing-masing pada tahun 2009 dan 2011. Kedua-duanya berusia awal 20an ketika itu.
"Kami reda. Mereka dipanggil balik dalam keadaan yang sangat baik," kata Andi Ratna.
Aisyah, lulusan pertanian dari Universiti Hasanuddin, sepatutnya dijadualkan memulakan tugas di universiti berkenaan sebagai penyelidik pada hari yang sama dia meninggal dunia.
Jenazah Aisyah selamat dikebumikan pada petang Khamis di tanah perkuburan Lembaga Dakwah Islam Indonesia, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Madiha Abdullah
Tue Jan 09 2018
Aisyah meminta ayahnya membimbing mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir. -Foto regional.liputan6.com
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
'Aisyah dijemput Ilahi di pangkuan saya ketika alun ayat suci al-Quran' - ayah
Cerita Aisyah tular apabila dia dilaporkan 'pergi' ketika sedang mengalunkan ayat suci al-Quran.