PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Bagaimana pun Trump mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitumaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.
"Baitulmaqdis bukan sahaja kota suci kepada tiga agama (Islam, Yahudi dan Kristian), ia adalah jantung kepada demokrasi paling berjaya di dunia," kata Trump dalam sidang media sekitar pukul 2.10 minit pagi waktu Malaysia.
Tindakan Trump itu dilihat bakal meningkatkan kemarahan masyarakat sivil Palestin dan dunia Islam secara umumnya.
Ini kerana, Baitulmaqdis sentiasa menjadi sebahagian daripada asas perjuangan memerdekakan bumi anbia
Dalam sidang media tersebut, Trump bagaimana pun menyerahkan kepada Israel dan Palestin untuk berbincang mengenai garis sempadan yang memisahkan kedaulatan kedua-dua negara itu.
"Kami tidak mengambil sebarang pendirian dalam menentukan garis sempadan, ia bergantung kepada pihak yang terlibat (Palestin dan Israel)," ujarnya.
Berdasarkan kepada penelitian Astro AWANI terhadap 11 minit ucapan Trump itu, perkataan 'Palestin' hanya disebut selepas minit keenam.
Beliau turut mengulangi retorik pendirian Washington iaitu sentiasa berpegang kepada penyelesaian dua negara sebagai jalan perdamaian konflik lebih enam dekad antara Palestin dan Israel.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebelum ini memberi amaran keputusan Trump itu akan mewujudkan ketegangan dan boleh menjejaskan pelan perdamaian, keselamatan dan kestabilan di rantau itu serta dunia.
Ashwad Ismail
Wed Dec 06 2017

Trump, diiringi Naib Presiden Mike Pence, mengumumkan Kedutaan Besar AS akan dipindahkan ke Baitulmaqdis pada sidang media di White House, Washington, 6 Disember, 2017. REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.