Polis Filipina boleh berdepan dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan apabila membunuh ribuan orang yang disyaki melakukan kesalahan dadah, atau membayar pihak lain untuk melakukan pembunuhan itu sebagai sebahagian daripada perang dadah Presiden Rodrigo Duterte.
Perkara itu dimaklumkan organisasi pemantau hak asasi manusia Amnesty International pada Rabu, lapor AFP.
Sebuah laporan daripada Amnesty hasil siasatan mendalam terhadap gerakan memerangi dadah itu, menggariskan banyak insiden salah laku dan jenayah polis selain pembunuhan tanpa perbicaraan yang dikatakan menjadikan komuniti miskin sebagai sasaran.
“Bertindak atas arahan pihak tertinggi, anggota polis dan pembunuh yang tidak diketahui identitinya telah menyasarkan sesiapa sahaja yang disyaki menjual dadah.
“Siasatan kami menunjukkan gelombang pembunuhan tanpa perbicaraan itu semakin berleluasa, dan dilakukan secara sengaja dan sistematik, sekali gus mengesahkan perbuatan jenayah kemanusiaan,” kata penasihat krisis kanan Amnesty, Rawya Rageh.
Antara perlakuan yang didakwa Amnesty adalah - polis menembak mati orang yang tidak dapat mempertahankan diri, membuat pembuktian palsu, membayar pembunuh upahan untuk menamatkan riwayat penagih dadah, dan mencuri daripada orang yang telah dibunuh serta keluarga mangsa.
Laporan itu juga menyatakan polis dibayar oleh pihak atasan untuk membunuh, selain mendokumenkan salah satu mangsa bunuh yang hanya berusia lapan tahun.
“Pasukan polis kini bertindak seperti geng penjenayah kongsi gelap sedangkan jenayah seumpama itulah yang sepatutnya mereka banteras,” dakwa laporan itu.
Duterte memenangi pilihan raya presiden tahun lalu selepas kempennya berjanji untuk menghapuskan masalah dadah dalam masyarakat dalam tempoh enam bulan dengan membunuh puluhan ribu orang.
Dalam sebuah majlis, Duterte malah berikrar, 100,000 orang akan dibunuh dan mayat-mayat mereka akan dihumban ke Teluk Manila 'untuk dimakan ikan-ikan'.
Agensi
Wed Feb 01 2017
Ibu kepada seorang remaja yang dibunuh pihak berkuasa kerana disyaki menjadi pesalah dadah meratapi kematian anaknya di Metro Manila. - Foto Reuters
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Sekatan Israel ke atas UNRWA umpama jenayah terhadap bantuan kemanusiaan - Amnesty
Callamard menyeru masyarakat antarabangsa mengecam undang-undang Israel ini dan mendesak ia dibatalkan.
Olimpik Paris: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza
Amnesty International menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.
OIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai tindakan aparteid Israel terhadap rakyat Palestin
Ia dokumen undang-undang antarabangsa yang mengesahkan pencabulan oleh Israel, jenayahnya dan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin.
Selepas Rohingya timbul Chin, di manakah kesudahannya?
Pendedahan bahawa terdapat 1,000 pendatang tanpa izin dari etnik Chin di Pudu, Kuala Lumpur semakin memanaskan isu pendatang tanpa izin di negara kita.
Rusia bakal label wartawan bebas, blogger sebagai ejen asing
Rusia bakal melabel wartawan bebas dan blogger sebagai 'ejen asing' di bawah undang-undang yang baharu dipinda di negara itu.
Hanya keluarga terdekat, peguam hadir pengebumian Mohamed Morsi di timur Kaherah
Pihak berkuasa Mesir menolak permintaan keluarga Morsi untuk jasadnya disemadikan di kampung halamannya di wilayah Sharqia, kata anaknya, Abdullah Mohamed Morsi kepada Reuters pada Isnin.
Siasatan antarabangsa kematian Morsi perlu diadakan - Lim Kit Siang
Menurut beliau, siasatan itu perlu dijalankan bagi mengetahui sama ada Morsi diberikan akses kemudahan perubatan asas ataupun tidak semasa dia berada di dalam tahanan.
Syed Saddiq, Yeo Bee Yin disenarai sebagai 'Young Global Leaders'
Golongan belia tersebut menyertai alumni tersohor seperti Amal Clooney, pengasas Google Larry Page dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.