Itu kata-kata vokalis Seventeen, Riefian Fajarsyah yang mengesahkan pemain dram kumpulan itu, Windu Andi Darmawan atau lebih dikenali sebagai Andi merupakan antara yang terkorban dalam kejadian tsunami yang terjadi pada Sabtu malam di Banten, Selat Sunda.
Menerusi muat naik di Instagram, Riefian atau lebih mesra dipanggil Ifan mengucapkan selamat tinggal kepada rakannya.
“Selamat jalan drummerku tercinta @andi_seventeen. Ternyata Allah lebih sayang kamu daripada menemani aku di sini.
“Husnul khotimah. Biar tenang di situ, saya akan terus berdoa untuk kamu, Herman, Bani dan kalian,” kata Ifan.
BACA: Tular video dramatik persembahan Seventeen dibadai tsunami
BACA: 'Hore bapakku pulang', entri terakhir Bani Seventeen undang sebak
BACA: Selepas tsunami, pengikut akaun IG Seventeen naik mendadak
Namun, Ifan juga menzahirkan rasa bangga dapat menjadi rakan sepentas bersama-sama Herman, Bani dan juga Andi.
“Ia merupakan sebuah penghormatan dan kebanggaan saya dapat menjadi rakan sepentas bersama kalian.
“Kita bukan hanya partner kerja, kita adalah keluarga sehidup semati. We are SEVENTEEN!!” tambahnya.
Dengan pemergian Andi, maka jumlah anggota Seventeen Band yang terkorban adalah tiga orang.
Angka ini tidak termasuk beberapa kru yang telah turut menjadi mangsa tragedi itu.
Pada Ahad, Ifan mengesahkan M Awal Purbani atau Bani, maut dalam kejadian bencana alam itu.
Beberapa jam kemudian, pemain gitar band popular tersebut, Herman Sikumbang dan juga kru, Ujang merupakan antara yang disahkan korban dalam tragedi tersebut.
Sementara itu, setakat jam 5:30 petang pada Isnin, isteri Ifan, Dylan Sahara masih belum ditemukan selepas dibadai Tsunami Selat Sunda kelmarin.