Tiga belas pemain pasukan bola sepak "Mu Pa" (Wild Boar) dan jurulatih bersama menitiskan air mata (Wild Boar) apabila keluarga mereka akhirnya memberitahu mengenai tragedi yang mengorbankan penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thauilandr, Saman Kunan.
Remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun itu dan jurulatih mereka berumur 25 tahun mengucapkan terima kasih kepada mendiang atas pengorbanannya dan "berjanji untuk menjadi insan yang baik."
"Kesemua mereka menangis dan merakamkan ucapan takziah dengan menzahirkan perasaan mereka secara bertulis pada gambar Saman. Mereka juga berdiri sambil memberi penghormatan," menurut setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Jedsada Chokdamrongsuk dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mendiang Saman, 38, yang secara sukarela menyertai operasi menyelamat, rebah dan meninggal dunia pada 6 Julai semasa menghantar tangki oksigen dalam gua Tham Luang yang ditenggelami air dalam misi yang berisiko dan berbahaya untuk menyelamatkan anggota pasukan "Wild Boar" itu.
BACA: Kenali wira-wira penyelam Gua Tham Luang
BACA: Raja Thailand anugerah pangkat anumerta Lt Komander kepada penyelam yang gugur
Beliau berkata, para doktor di hospital telah membuat penilaian awal mengenai keadaan kesihatan dan mental remaja berkenaan sebelum membenarkan keluarga mereka memberitahu mereka mengenai kematian Saman.
Saman, ialah satu-satunya anggota pasukan penyelamat yang terkorban semasa operasi menyelamat. Rakyat Thailand dan anggota penyelamat yang berkabung atas kematiannya menyifatkan mendiang sebagai "Wira Tham Luang" yang sebenar.
Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha juga menggesa rakyat Thailand supaya tidak melupakan pengorbanan Saman. Usaha sedang dijalankan untuk mendirikan tugu bekas penyelam itu di laluan masuk Tham Luang, sebagai menghormati pengorbanannya.
Saman, kakitangan Airports of Thailand (AOT) selepaxs bersara dari unit elit tentera laut pada 2006, telah berjanji dalam satu rakaman video yang disertainya sebelum berlepas ke Chiang Rai untuk mengambil bahagian dalam misi menyelamat "untuk membawa pulang para remaja yang terperangkap".
Sejurus selepas kematiannya, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn telah menaikkan pangkatnya kepada Leftenan dari sarjan dan membiayai upacara kremasinya.
Semalam, beberapa jam sebelum upacara kremasi di bandar kelahirannya di wilayah Roi Et, fi timur laut Thailand, Raja Thailand mengumumkan dalam satu Pewarta Diraja untuk menaikkan pangkat Saman kepada Leftenan Komander
Saman dikremasi semalam dalam satu upacara yang dihadiri oleh Jen Surayud Chulanont, anggota Majlis Privy Diraja, sebagai mewakili Raja Thailand. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018

Sejurus selepas kematian Saman, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn telah menaikkan pangkatnya kepada Leftenan dari sarjan dan membiayai upacara kremasinya. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kapten bola sepak remaja Thailand sah bunuh diri di UK
Dia ditemui tidak sedarkan diri di bilik asramanya pada 12 Februari dan meninggal dunia di hospital dua hari kemudian.

Wira 'Thai Cave Rescue' meninggal dunia
Narongsak menyelia perancangan operasi menyelamat 2018 untuk kanak-kanak dari pasukan bola sepak Moo Pa atau Wild Boars.

Pengarah 'The Cave' janjikan jalan cerita sebenar mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang
Sudahkah anda bersedia untuk menonton kisah operasi menyelamat anggota pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap dalam gua Tham Luang di layar perak?

Rakaman keadaan 13 mangsa Gua Tham Luang di hospital didedahkan
Rakaman 12 remaja lelaki bersama jurulatih mereka yang kini dirawat di hospital Chiang Rai didedahkan kerajaan Thailand kepada media.

Tun Mahathir puji kecemerlangan misi menyelamat di gua Thailand
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada pasukan penyelamat yang menyelamatkan 12 remaja lelaki dan jurulatih di kompleks gua Tham Luang di Chiang Rai.

Begini caranya operasi keluarkan mangsa di Gua Tham Luang
Kesemua mereka terperangkap lebih empat kilometer di dalam gua berkenaan, menjadikan misi menyelamatkan mangsa berdepan pelbagai cabaran.

KPKT pertimbang pantau lokasi riadah berisiko tinggi - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mempertimbangkan untuk melakukan penyusunan kategori dan tahap bahaya setiap kawasan rekreasi berisiko tinggi di negara ini.