SELANG 30 tahun, majlis Anugerah Akademi 2019 anjuran Academy of Motion Pictures Arts and Sciences akan sekali lagi berlangsung tanpa dikendalikan oleh pengacara seperti kelazimannya.
"Kami sahkan bahawa tidak akan ada pengacara pada Anugerah Akademi," kata jurucakap penganjur kepada media antarabangsa.
Majlis gilang-gemilang yang mengiktiraf karyawan filem Hollywood itu akan diadakan pada 24 Februari ini dan dijangka berlangsung selama tiga jam.
Pada Disember lalu, pengacara Anugerah Akademi atau Oscar 2019 menjadi polemik selepas pelakon komedi, Kevin Hart membuat keputusan menarik diri daripada bersetuju mengendalikan acara itu.
Penarikan diri Hart beberapa jam selepas namanya diumumkan sebagai pengendali acara berprestij itu dibuat selepas dia menerima kecaman kerana memuat naik kenyataan berbaur homofobia di laman Twitter.
Selepas memohon maaf di atas keterlanjurannya, Hart membuat keputusan untuk tidak menjadi pengacara Oscar 2019.
"Saya memilih untuk berundur sebagai pengacara Oscar tahun ini kerana saya tidak mahu menganggu acara yang seharusnya diraikan oleh banyak artis berbakat," ujar Hart lagi.
Difahamkan, penerbit Anugerah Akademi ke-91 juga merancang untuk memperkenalkan format baharu dengan seleksi artis Gred A Hollywood akan diundang bagi mengumumkan pelbagai segmen.
Kali terakhir Oscar diaadakan tanpa kehadiran pengacara ialah pada 1989.
Pengacara atau hos Oscar merupakan perkara yang sangat penting bagi penganjur majlis berkenaan kerana individu yang mengendalikannya akan menjadi penentu kejayaan acara tersebut.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa pengacara Oscar sering dikritik.
Aktor Neil Patrick Harris misalnya, menjadi mangsa kritikan pada 2015 dan memberitahu dia sudah serik serta tidak akan melakukannya lagi.
Dua edisi Oscar sebelum ini dikendalikan oleh personaliti televisyen terkenal, Jimmy Kimel sementara pelakon komedi, Chris Rock pula mengendalikan acara yang sama dua kali iaitu pada 2005 dan 2016 sementara pengacara ternama, Ellen DeGeneres pula menjadi hos pada 2007 dan 2014.
Billy Crystal diberi tanggungjawab yang sama selama sembilan kali manakala Raja Oscar, Bob Hope poula menempa sejarah kerana mnenjadi pengacara Oscar selama 18 tahun pada 1940 hingga 1978.
Agensi
Wed Feb 06 2019

OSCAR 2019 akan mengulangi semula sejarah 30 tahun lalu dianjurkan tanpa kehadiran pengacara.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Anugerah Oscar 2019 tanpa kehadiran pengacara
Selepas 30 tahun, Oscar sekali lagi dianjurkan tanpa kehadiran pengacara