KUMPULAN BTS yang baru-baru ini memulakan konsert jelajah “Love yourself: Speak Yourself” di Stadium Rose Bowl, Pasadena, California telah menjadikan kehadiran mereka di Amerika Syarikat (AS) sesuatu yang berharga.
Bukan sahaja BTS ARMY yang menjadi 'gila' sebaik kumpulan itu tiba di Los Angeles, malah bintang Hollywood turut teruja dalam menyambut kedatangan kumpulan tersohor K-pop yang menjadi fenomena dunia.
Antaranya ialah penyanyi John Legend yang turut mengambil kesempatan untuk bertemu dengan legenda K-pop ini sewaktu mereka berada di Universal Studio Lot, California.
John turut memuat naik gambar mereka beserta kapsyen yang menunjukkan keterujaannya dapat bertemu BTS selepas kali terakhir berjumpa di Anugerah Billboard pada tahun lalu.
Pertemuan antara BTS dan John di Universal Studio Lot itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen dan peminat.
Ramai yang mula membuat telahan dan teka-teki, apakah mungkin ada 'perbincangan' antara dua nama besar dalam industri hiburan dunia itu memandangkan lokasi pertemuan itu juga menjadi studio penggambaran program realiti popular, The Voice.
Dan John selaku ketua jurulatih bagi The Voice edisi 2019 menggantikan tempat Jennifer Hudson dilihat oleh peminat BTS seakan mempunyai sesuatu yang sedang diusahakan bersama.
Terdapat netizen dalam kalangan BTS ARMY yang berkongsi gambar di sebalik pertemuan mereka di studio berkenaan.
Dipercayai BTS bertemu dengan John bagi tujuan penggambaran The Voice.
Jika benar spekulasi itu, adakah kumpulan yang meletup dengan gabungan Halsey untuk lagu ‘Boy With Luv’ itu akan menjadi juri ataupun sebagai selebriti jemputan?
Chicago menjadi salah satu daripada tiga bandar di AS yang menjadi persinggahan BTS untuk konsert jelajah mereka.
Selepas ini, BTS akan meneruskan konsert jelajah “Love yourself: Speak Yourself” di Brazil sebelum menuju United Kingdom, Eropah Timur dan mengakhirinya di Jepun.
Faris Danial Razi
Thu May 09 2019
Pertemuan antara John Legenda dan BTS mencetuskan tanda tanya dalam kalangan BTS ARMY dan netizen. - Gambar Instagram JOHN LEGEND
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.
Empat anggota BTS sedia mulakan khidmat tentera
Mereka bakal mengikut jejak langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.
'Syukur mereka ada masa untuk saya' - Jungkook tak peduli komen haters
Menurut Jungkook, daripada sakit hati memikirkan komen-komen buruk, dia lebih suka fokus kepada golongan yang sentiasa menyokong perjuangan BTS dan karier solonya.
Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental
Banyak lagu BTS menyentuh tema kesihatan mental dan muzik mereka sering bergema dalam kalangan pendengar yang mencari ketenangan.
BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.
Pecah rekod, single 'Seven' nyanyian Jungkook raih 15 juta penstriman di Spotify
Muzik video nyanyian penyanyi berusia 26 tahun itu turut meraih jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.
Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS
Penyanyi, Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records.
Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS
Budaya pop Korea Selatan merentasi populasi global menerusi muzik yang diperjuangkan BTS.
'Saya akan kembali', J-Hope BTS mula khidmat tentera hari ini
J-Hope merupakan anggota kedua yang menyertai perkhidmatan wajib negara itu selepas seorang lagi anggota BTS, Jin.
Suga BTS jadi duta bola keranjang NBA
Suga menyampaikan rasa teruja dengan menyifatkan pemilihannya sebagai mimpi menjadi kenyataan.