Selama dua minggu ini, Rohingya jadi subjek popular. Banyak yang bertanya siapa Rohingya?
Kenapa mereka jadi pelarian dan apa sebab Myanmar enggan terima mereka. Tidak kurang ada yang mempersoalkan bagaimana masyarakat sekarang dianggap sudah lebih daripada bertamadun boleh menerima tindakan manusia yang hilang manusiawi dalam diri mereka dengan melakukan penindasan berterusan hanya kerana berlainan agama dan kepercayaan.
Begitu hebat populariti Rohingya, sama hebat juga perang di media sosial mengenai mereka. Ada debat mengatakan mereka ini militan Bangladesh diupah dari zaman British untuk memerangi kerajaan Burma pada masa itu. Maka, jangan kasihankan mereka.
Segelintir yang lain pula, juga di laman sosial, mempertahankan bahawa jika pun mereka sedemikian walaupun ia hanya dakwaan, belum tentu benar atau sahih, apa salahnya layan mereka dengan kemanusiaan, bukan membiarkan mereka mati di laut atau jadi mangsa penindasan dan pembunuhan dalam diam.
Ilmu Mengenai Rohingya
Bagi saya, yang ketika ini sedang menekuni mengenai Rohingya, semakin digali mengenai mereka, semakin mencurah ilmu diperoleh.
Pendedahan terkini mengenai Rohingya melorongkan saya menambah sabahat dari kalangan Rohingya Arakan (kini Rakhine), dengan itu pelbagai maklum balas dapat dikutip daripada mereka. Tetapi, paling saya hargai, kerana Rohingya, ia membawa saya bertemu sejarahwan, juga Rohingya, yang menulis buku mengenai etnik tidak bernegara itu.
Individu itu ialah AFK Jilani, yang menulis “The Rohingyas of Arakan Their Quest For Justice”. Bahawa buku ini adalah wajib dibaca oleh mana-mana mereka yang menekuni mengenai Rohingya dan sejarah Myanmar.
Bahawa buku itu, sama juga seperti “Siddhartha” oleh Hermann Hesse bagi mereka yang mahu membedah semuanya mengenai Buddha. Maka, bertermu AFK Jilani amat dihargai.
Jawapan Masalah Rohingya
Seperti sahabat baru yang ditemui di alam maya, kepada Jilani saya bertanya mengapa dan bagaimana penindasan ke atas Rohingya selama berdekad-dekad lamanya boleh berlaku tetapi anehnya tidak dipedulikan oleh dunia?
Selama tiga jam soalan itu dijawab penuh teratur dan hati-hati oleh beliau, sangat mirip membaca bab demi bab dalam bukunya itu diterbitkan pada 1999.
“Kisah derita yang lama ini, semuanya kerana salah kami menjadi Rohingya, kami berbeza dengan mereka. Kami Muslim, mereka Buddha. Maka, kami tidak diberikan kerakyatan, mereka menembak kami seperti sasaran sekawan burung. Mereka lebih sayangkan haiwan melebihi kami. Mereka benci kami melebihi musuh ketat yang perlu dihapuskan tanpa ditangguh-tangguh lagi,’’ katanya sebelum menyambung meminta saya menyampaikan apa yang diperkatakannya itu.
Bertitik-tolak daripada keluhan Jilani dan rakan di media sosial yang dikenali lebih awal, saya merangka bingkisan untuk junta tentera. Ia adalah himpunan keluhan dan harapan daripada apa yang dikongsi warga Rohingya seluruh dunia kepada saya. Bingkisannya berbunyi begini:
================================================================
Pesan Kepada Junta
Kepada Tuan Junta yang dihormati,
Bukan sehari dua Tuan menindas dan menyeksa kami. Penyeksaan ini sudah kami alami cukup lama.
Sejak Jeneral Ne Win pada 1950-an, membawa pula kepada pemerintahan sekarang, semuanya hanya mahu menyingkirkan kami.
Adakah Tuan lupa sejarah, bahawa kewujudan kami, asal usul kami ialah sejak 8 Masehi lagi semasa Arakan menjadi pusat penyebaran agama Islam?
Adakah Tuan juga tidak ingat bahawa suatu ketika semasa pemerintahan Perdana Menteri U Nu ada radio penyiaran Rohingya, wujud ahli politik Rohingya bernama M.A Subhan?
Bukan Bengali atau Chittagong
Memang benar ada berlaku penghijrahan beramai-ramai ke Chittagong sempadan Bangladesh-Burma pada 1948. Ini adalah kerana sentimen nasionalis ultra Burma semasa penjajahan Jepun.
Apabila Jepun diusir, mereka kembali ke Arakan. Tetapi ini tidak memadai, malah senarionya semakin buruk apabila kami dituduh pelarian dari Bangladesh dan masuk ke Arakan.
Biar kami ingatkan Tuan, pada masa itu, semua daripada kami dan mereka dari Chittagong adalah bebas keluar masuk di antara satu sama lain, kerana itulah amalan dan dasarnya.
Maka, menuduh kami pendatang atau Bengali adalah tidak benar kerana kami sememangnya dari Arakan, dan bukan Chittagong. Kami juga bukan pemisah, mengangkat senjata mahu bebas dari Burma yang selepas itu mengisytiharkan Buddha sebagai agama rasmi pada 1961.
Kekejaman Ne Win
Paling kami ingat kekejaman Jeneral Ne Win dan konco-konconya pada 1962. Pengusiran beramai-ramai yang diarahkan oleh jeneral Tuan ini cukup zalim.
Lebih 200,000 Rohingya terpaksa melarikan diri akibat Operasi Nagamin yang dilancarkan. Daripada namanya sudah dapat dibayangkan bagaimana tentera-tentera NaSaKa Tuan membaham kami semua sehingga tiada denyut.
Naga bermaksud harimau dalam Bahasa Burma. Bapa dipenggal kepala, ibu dirogol sehingga mati kesakitan, anak pula dibiar melihat penindasan itu sebelum kemudiannya nyawa mereka pula diragut.
Tentera-tentera Tuan yang sedang dalam latihan diberi tubuh badan Rohingya untuk menguji jika tembakan mereka tepat atau tersasar. Tiada nilai langsung nyawa kami kepada Tuan, hanya kerana kami adalah Rohingya.
Rohingya Tiada Negara
Kalau itu belum cukup kejam bagi Tuan, kami merasakan Tuan hilang kemanusian apabila memperkenalkan Akta Kerakyatan 1982.
Kami tiada dalam senarai minoriti di negara sendiri, Burma, kemudiannya menjadi Myanmar pada 1989.
Kenapa kami dinafikan hak sedangkan kami adalah kaum peribumi?
Biar kami ingatkan Tuan.
“Kalau mereka yang hilang ibu dan ayah sekali pun ada gelarannya iaitu yatim piatu. Tetapi ini kami tiada negara, apa yang boleh dipanggil ke atas kami? Kezaliman ini lebih berat daripada menanggung status jadi yatim piatu.”
Kerana dinafikan hak, penindasan sistematik lagi terancang, kami melarikan diri secara beramai-ramai. Tetapi, kami juga tidak diterima di negara-negara lain, lebih rela melihat kami mati di laut menjadi “keranda terapung”.
Tetapi itulah yang dimahukan oleh pihak Tuan bukan? Ia satu dasar yang berjaya kepada pihak Tuan apabila kami mati secara diam, populasi kami semakin susut, generasi kami dihapuskan secara perlahan-lahan.
Pembunuhan Kaum
Abad ke-21, penindasan ke atas kami berterusan lagi. Pada satu hari di bulan Jun 2012, seorang remaja perempuan beragama Buddha dikatakan dirogol beberapa lelaki Rohingya di pusat bandar Rambree.
Selepas peristiwa itu, sebagai balasannya, rumah orang Rohingya dibakar, wanita-wanita Rohingya jadi mangsa balas dendam. Masjid turut dimusnahkan.
Begitulah Tuan menyebarkan kebencian ke atas masyarakat kami sehingga Tuan lupa bahawa bagaimana mungkin orang Rohingya merogol remaja Buddha sedangkan populasi kami hanya 1% daripada keseluruhan 80,000 penduduk di situ.
Apa yang berlaku di kem tahanan di Sadao, selatan Thailand dan pendedahan di Laut Andaman adalah manifestasi daripada siri kekejaman Tuan dan konco-komco tentera Tuan selama ini, selama lebih 3 dekad.
Jika Tuan tidak kejam dan kalau Tuan tidak menindas, kami tidak melarikan diri membahayakan nyawa di lautan untuk ke destinasi belum tentu diterima atau tidak. Kami juga tidak akan memperjudikan nasib dan wang yang ada di tangan ejen sindiket, untuk mendapatkan tempat lebih selesa untuk kami.
Impian Rohingya
Percayalah Tuan.
Tuan tanya kepada mana-mana orang Rohingya, di Malaysia, Thailand dan Bangladesh. Tuan soal juga kepada diaspora Rohingya yang mendapat pemohon suaka di negara Eropah, mereka kesemuanya mahu pulang dan ingin diam di negara sendiri. Mereka mahu ada kerakyatan, menikmati hak sebagaimana minoriti lain di Myanmar.
Kami Rohingya, mahu mengundi menentukan masa depan kami dan generasi akan datang. Begitu juga, kami ingin bercampur gaul dengan 134 etnik lain secara harmoni tanpa prejudis.
Malah, kami ada hasrat untuk mendalami ilmu pengetahuan setinggi yang boleh supaya dengan kemahiran ada itu membantu negara kepada demokrasi dalam erti kata sebenar.
Tanpa mahu jadi pesimis bahawa itu semua akan dinikmati Rohingya satu ketika nanti, kami nokhtahkan bingkisan ini dengan dua permintaan.
Satu, berilah kerakyatan kepada kami. Apa sukarnya untuk berbuat demikian? Kami pernah menjadi peribumi, maka sewajarnya kami ada hak itu.
Kedua, beri kami hak sama rata sebagaimana dinikmati kaum-kaum lain di Myanmar. Ini janji kami. Kerana nama kami adalah asalnya “Rohang” bermakna rahmat (Mercy), jika memberi “rahmat” kepada kami, kami akan memberi balik sepuluh kali “rahmat” kepada negara.
Bingkisan ini juga ditutup dengan harapan jangan dipadam daripada senarai perlu dilakukan Tuan untuk mengkayakan bumi emas Myanmar, kerana kami adalah sebahagian daripada khazanah kekayaan itu.
================================================================
Asas Masalah Rohingya
Saya berpuas hati dapat menyampaikan bingkisan itu bagi pihak Rohingya, di mana sahaja mereka berada.
Ada beberapa perkara perlu diberi penjelasan lanjut. Bahawa memahami masalah mereka secara jelas adalah perlu sebelum membantu mereka.
Andainya tidak faham atau jelas dengan apa yang berlaku, maka itu terjadi di mana kita menyampaikan mesej salah kepada pihak luar tentang akar dan cabang masalah Rohingya.
Saya tidak mahu berkata apa-apa lagi. Untuk ketika ini, bersabarlah sahabat, selamat malam Rohingya!
Dr Azlinariah Abdullah
Sat May 23 2015
"Kisah derita yang lama ini, semuanya kerana salah kami menjadi Rohingya, kami berbeza dengan mereka."
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
AWANI Pagi: Turkish Airlines Penghubung Budaya Dunia
Suspek kes buli pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak tiba di mahkamah, di sini, pagi ini.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Indonesia bongkar rangkaian penyeludupan manusia libatkan pelarian Rohingya di Aceh
Polis Aceh mengesahkan bahawa tiga suspek telah dikenal pasti manakala lapan lagi kekal dalam senarai dikehendaki.
Ketua Pelarian PBB gesa negara tamatkan kawalan sempadan yang 'tidak berkesan'
Filippo Grandi menekankan pentingnya program penginapan sah dan regularisasi serta memperluas laluan sah untuk migran dan pelarian.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Kini, giliran Syria menjadi tuan rumah kepada penduduk yang terdesak mencari perlindungan dari peperangan.
Lantang bersuara hentikan perang Gaza, bina semula institusi pendidikan - Dr Wan Azizah
Masyarakat dunia diseru bersatu dalam menyuarakan desakan menghentikan perang di Gaza, yang telah memusnahkan institusi pendidikan di Palestin.
Mempertingkatkan hak wanita tanggungjawab bersama - Raja Permaisuri Agong
Raja Zarith Sofiah bertitah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak untuk meningkatkan hak wanita bagi memastikan golongan itu dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam masyarakat.
Malaysia seru krisis Sudan diberi perhatian global pada persidangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberi perhatian terhadap krisis kemanusiaan di Sudan.