Memasuki pusat pengumpulan bantuan di kawasan Balukhali, Bangladesh bagai memasuki sebuah ladang ternakan.
Banyak bangsal dan guni kelihatan di kiri dan kanan.
Suasananya meriah daripada biasa ketika sukarelawan dari Malaysia tiba dengan menaiki bas sambil diiringi pihak tentera.
Mereka memandang beramai-ramai, ada yang senyum dan ada yang berebut-rebut untuk berada di depan cuba memahami apa yang berlaku.
Baju mereka kusut masai, kain pelikat paras lutut, rambut tidak terurus serta gigi kemerahan disebabkan budaya makan sirih.
Bila dipandang dalam-dalam, setiap mata yang memandang jelas terpancar wajah kesengsaraan dan kesedihan yang terpaksa dilalui mereka.
"Haipp!!!! Haippp!!!" Jerit salah seorang askar bertugas menghalau kumpulan pelarian yang cuba mendekati rombongan Misi Food Flotilla for Myanmar (FFFM).
Pasukan sukarelawan dan media seramai 25 orang terpaksa berjalan sejauh tiga kilometer untuk sampai di kem pelarian yang baru dibina di sini.
Sesampainya di lokasi, kelihatan beberapa 'bangsal' dari bawah sehingga atas bukit yang ditarah persis ladang kelapa sawit.
Dalam keramaian manusia yang hadir menyambut ketibaan rombongan sukarelawan FFFM, ada seorang kanak-kanak yang hanya melihat dari kejauhan.
Berbaju kemeja-T jingga, kain pelikat coklat yang bertompok-tompok dengan kotoran lumpur dia hanya melihat kanak-kanak yang berebut cuba mendapatkan gula-gula yang diedar sukarelawan.
"Tomar naam kee? (Siapa nama kamu?)," tanya Miejanurrahman, sukarelawan Agensi Migran Antarabangsa (IOM) yang turut bersama Astro AWANI,di sini.
"Muhammad Arafat Hussein!" jawabnya ringkas.
Kanak-kanak berusia 11 tahun itu seolah-olah takut, tetapi tetap kekal berdiri di sebelah deretan 'rumah' yang berdindingkan plastik hitam serta rantingan kayu bagi menyejukkannya.
Kami cuba berbual tentang pengalamannya datang mendapatkan suaka di Bangladesh dengan kekangan bahasa sambil cuba dibantu Miejanurrahman.
"Saya datang bersama ibu, ayah dan empat adik yang lain. Dulu kami tinggal di perkampungan dekat Maung Daw, Myanmar.
"Abang saya kena tangkap dengan tentera Myanmar, sampai sekarang saya tak jumpa dia," kata Arafat sambil mengulum gula-gula yang diberikan kepadanya.
Menurut UNHCR, sekurang-kurangnya 20,000 kanak-kanak pelarian Rohingya tidak mendapat sebarang pendidikan formal sejak 2010.
Arafat merupakan salah seorang daripadanya yang telah mengakibatkan naluri kanak-kanaknya terbantut.
Ketika ditanya cita-cita dan harapan, Arafat seperti keliru, malah tidak faham akan perkataan tersebut biarpun diberitahu dalam bahasa tempatan.
Sambil matanya terkebil-kebil memikirkan jawapan paling baik tentang persoalan itu, Arafat terdiam selama hampir seminit sebelum mengeluarkan kata-kata.
"Saya mahu berada di kedudukan yang baik dengan gaji yang cukup untuk saya hidup," katanya dalam nada bersalah selepas ditanya dan diterangkan beberapa kali mengenai cita-cita.
Kem pelarian Rohingya di Balukhali, Ukhiya baru dibina kira-kira 45 hari lepas.
Setakat ini lebih 5,000 pelarian tinggal di kem tersebut yang mengharapkan sepenuhnya bantuan luar untuk terus hidup.
Hilal Azmi
Sat Feb 18 2017

Ketika ditanya cita-cita dan harapan, Arafat seperti keliru, malah tidak faham akan perkataan tersebut biarpun diberitahu dalam bahasa tempatan. - Foto Instagram / Hilal Azmi

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.

Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.

Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.

60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.