Upacara Persemadian Diraja dianggap bersejarah bagi Thailand itu juga menandakan berakhirnya tempoh berkabung rasmi selama setahun.
Jalan-jalan utama menghala ke istana dan Sanam Luang yang menempatkan Krematorium Diraja ditutup sejak tengah malam tadi, sambil ribuan rakyat Thailand yang berpakaian serba hitam memenuhi laluan pejalan kaki untuk menyaksikan upacara berkenaan.
BACA: Sultan Nazrin wakili Malaysia ke upacara persemadian Diraja Thailand
BACA: Raptai akhir upacara pembakaran mayat Raja Thailand
Ini antara perkara yang anda perlu tahu mengenai upacara ini.
- Pada hari kedua, pembakaran mayat bermula di Sanam Luang, tempat mendiang akan dikebumikan.
Pada hari ketiga, abu Diraja akan dikumpulkan dan hari keempat adalah majlis memberkati abu yang diadakan semasa majlis merit kedua di Dewan Takhta Dusit Maha Prasat.
- Pada hari kelima, kendi Diraja akan dibawa ke Dewan Takhta Chakri Maha Prasat.
- Acara pembakaran akan bermula pada 7 malam (26 Okt) di mana Batalion ke-3, Rejimen Infantri Pertama iaitu pengawal peribadi Diraja dan Batalion Artileri Pertama secara rasmi akan menyalakan kayu api.
Krematorium Diraja
- Tukang mahir terbaik di Thailand bekerja keras selama berbulan-bulan membuat reka bentuk dan membina keranda diraja yang diperbuat daripada pokok cendana yang telah mati tetapi pohonnya masih tegak, kayunya berbau harum dan dianggap membawa tuah oleh penganut Buddha dan sering digunakan dalam upacara keluarga diraja.
- Pengangkutan awam dari bot sehinggalah ke tren bawah tanah bagi perjalanan ke Sanam Luang akan diberikan percuma bermula 25 Okt sehingga 27 Okt.
Raptai hari pembakaran mayat Diraja
- Krematorium Diraja yang dibina dalam masa sembilan bulan akan dibuka untuk lawatan kepada orang ramai selama sebulan selepas upacara krematasi.- 85 Replika Krematorium Diraja akan dibina di 76 negeri di Thailand termasuk 9 lokasi di sekitar Bangkok termasuk Royal Plaza, bekas Pejabat Loteri Kerajaan dan Nagaraphirom Park.
- Hari kemangkatan Raja Bhumibol pada 13 Okt telah diumumkan sebagai tarikh cuti umum bagi Thailand termasuk 26 Okt iaitu hari kremasi mendiang.
Keranda Diraja
- Lebih 250,000 orang dijangka hadir pada Upacara Pembakaran Mayat Diraja.
- Kebanyakan kedai akan ditutup seawal 3 petang pada 26 Okt.
- Perkhidmatan Wifi akan diberikan secara percuma pada sehingga 29 Okt di kawasan persemadian.
- Walaupun tidak ada sekatan rasmi untuk tempat-tempat hiburan malam, kerajaan telah meminta kelab dan bar untuk menunjukkan penghormatan semasa tempoh pengebumian. Dijangkakan banyak tempat hiburan yang akan ditutup pada 26 Okt.
Raja Bhumibol yang digelar raja berjiwa rakyat kerana kesungguhan baginda membawa pembangunan untuk rakyat dan memelihara kebajikan mereka, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Siriraj pada 13 Okt 2016 pada usia 89 tahun, setelah menduduki takhta selama 70 tahun.
Baginda adalah raja kesembilan Dinasti Chakri.