Sabtu, 16 Mac 2019
* PM New Zealand Jacinda Ardern mengadakan pertemuan dengan komuniti Islam di Christchurch
* Suspek serangan, Brenton Tarrant, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh
* Mahkamah tidak benarkan wajah Tarrant didedah kepada umum
* Tarrant ditahan reman tanpa sebarang pengakuan sehingga 5 April
* Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Nur Izzah Wong Mee Choo mengesahkan tiga rakyat Malaysia cedera, seorang masih hilang
* Individu yang hilang dikenali sebagai 'Haziq' - anak kepada salah seorang yang cedera
* Pegawai Pesuruhjaya Tinggi bergerak ke Christchurch untuk beri bantuan kepada keluarga mangsa
* Wakil kerajaan negeri Pulau Pinang bersama anggota keluarga Rahimi Ahmad, mangsa yang cedera dalam insiden di Christchurch dijadual berlepas ke New Zealand hari ini
* PM New Zealand menegaskan undang-undang pemilikan senjata negara itu akan diubah
* Pengganas dilaporkan memiliki lima jenis senjata termasuk dua pistol separa automatik
* Semua acara di New Zealand pada Sabtu dibatalkan, termasuk perlawanan ragbi di Dunedin dan konsert Bryan Adams di Christchurch.
Jumaat, 15 Mac 2019
* Wisma Putra mengesahkan dua rakyat Malaysia cedera dan sedang dirawat di hospital tempatan
* Setakat 3 petang waktu Malaysia, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menjadi korban dalam serangan
* Insiden tembakan menyasarkan dua masjid - Masjid Al Noor dan Masjid Linwood
* Sekurang-kurangnya, 49 terkorban dan 48 dilaporkan tercedera di kedua-dua lokasi
* Ada mangsa berpura-pura mati semasa penyerang menerjah masjid dan melepaskan tembakan
* PM New Zealand menyifatkan insiden sebagai serangan pengganas dan tahap keselamatan ditingkatkan ke peringkat tertinggi
* Maklumat mengenai penyerang: Warga Australia, berkulit putih, berusia 28 tahun dan ekstremis berhaluan kanan
* Penyerang merupakan ekstremis anti-imigran dan anti-Islam, dia ada manifesto 87 muka surat
* 4 individu, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan
* Seorang suspek didakwa atas kesalahan membunuh
* PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai 'hari paling gelap buat NZ'
* Polis meminta pengguna media sosial agar tidak berkongsi video serangan
* Sekitar 300 orang dilaporkan berada di dalam masjid bagi menunaikan solat Jumaat ketika serangan