BTS ARMY! Sudahkah anda bersedia untuk menunggu buah tangan terbaharu ‘daripada BTS?
Syarikat pengurusan kumpulan K-Pop tersohor dunia itu, Big Hit Entertainment sepertinya sudah memberikan bayangan mengenai naskhah terbaharu BTS dengan melancarkan sedutan klip video muzik yang sudah tular di media sosial.
Klip video berjudul "Map of the Soul: Persona" itu juga sudah menjadi trending di seluruh dunia dan telah ditonton oleh 8.8 juta penonton di saluran YouTube sejak dimuat naik pada Rabu malam.
BTS cukup sinonim dengan trend mengedarkan ‘teaser comeback' setiap kali melancarkan apa sahaja karya baharu.
Kesemua tujuh ahli BTS Jungkook, Jimin, V, Suga, Jin, RM dan J-Hope lazimnya akan sama-sama mempromosikan 'teaser comeback' di platform media sosial sekali gus akan menarik perhatian jutaan peminat mereka dari seluruh dunia.
Dalam klip video terbaharu, BTS memberikan bayangan bahawa mereka mengembalikan semula ke masa lalu dan dalam masa sama memberikan penghargaan kepada peminat mereka atas setiap sokongan yang diterima sehingga sekarang.
Dalam ‘teaser’ itu juga, RM menaikkan semula seni hip-hop kumpulan itu dalam video muzik baharu yang sengit ini.
Peminat dapat melihat bahawa permulaan treler itu bermula dengan animasi yang hampir serupa dengan apa yang digunakan dalam treler untuk "Skool Luv Affair" kembali pada tahun 2014.
Sedutan video muzik yang dirakamkan dalam sebuah kelas itu juga memaparkan papan hitam yang merangkumi perkataan "Persona," "Shadow," dan "Ego" iaitu tiga elemen pemikiran pakar psikiatri Switzerland, Carl Jung mengenai gejolak jiwa.
Sekolah pemikiran Jung telah dijelaskan dalam buku 1998 oleh Murray Stein berjudul "Map of the Soul: Persona."
Memandangkan ia juga termasuk perkataan "Dream," "Love," dan "Happiness," peminat tertanya jika kata-kata ini adalah tajuk album dan lagu untuk siaran yang akan datang.
Pelbagai andaian yang boleh dibuat tentang ‘comeback’ dari BTS atau ‘Beyond The Scene’ ini.
Bagaimana pula dengan andaian anda, BTS ARMY?
Agensi
Thu Mar 28 2019

Teaser 'comeback' album baharu Map of the Soul: Persona daripada kumpulan BTS meninggalkan pelbagai andaian buat peminatnya. Gambar REUTERS.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

BTS dan Coldplay berkolaborasi?
Dakwaan itu muncul susulan lirik sebuah lagu baharu nyanyian Coldplay bertajuk My Universe dikatakan telah 'bocor' di laman web MatchLyric.

BTS lancar dua versi remix 'Dynamite' hari ini!
Pada tengah malam Jumaat, syarikat rakaman BTS, Big Hit Entertainment mengumumkan di portal kelab rasmi Weverse bahawa BTS akan melancarkan 'Tropical Remix' dan 'Poolside Remix'.

BTS bakal tampil dalam dokumentari terbaharu, 'Break The Silence'
Selepas kejayaan keluaran album terbaharu yang memecah rekod jualan, kumpulan K-pop terkemuka BTS dilaporkan akan melancarkan siri dokumentari terbaharu.

COVID-19: BTS tangguh konsert jelajah Amerika Utara
Syarikat rakaman BTS, Big Hit Entertainment berkata konsert tersebut kini ditunda ke Jun ini.

PKP: Bosan di rumah? Jom "Learn Korean with BTS" mulai 24 Mac ini!
Mulai esok (24 Mac), kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS akan mengeluarkan video berdurasi pendek untuk membantu para peminatnya mempelajari bahasa Korea.

BTS batal konsert di Seoul gara-gara COVID-19
Konsert BTS MAP OF THE SOUL TOUR - SEOUL yang pada asalnya dijadualkan pada 11, 12, 18 dan 19 April di Jamsil Olympic Stadium dibatalkan susulan penularan wabak COVID-19.

Baru seminggu umum, album baharu BTS sudah terima 3.42 juta tempahan
Menurut syarikat pengurusan BTS, Big Hit Entertainment, album tersebut laris dijual pada minggu pertama tempahan dibuka.

BTS umum 'cuti panjang', mohon tidak diganggu peminat
Sejak muncul kali pertama enam tahun lalu, inilah kali pertama kumpulan dianggotai tujuh jejaka Korea Selatan itu mengumumkan berehat seketika daripada arena muzik.

BTS Army disajikan koleksi foto untuk album baharu Map of the Soul: Persona
Selepas treler 'comeback' daripada BTS, Army dikongsikan lagi dengan imej konsep yang menampilkan setiap ahli itu sebagai promosi melancarkan album baharu iaitu 'Map of the Soul: Persona'

ARMY... sudahkah anda bersedia untuk comeback BTS?
Treler 'comeback' Map of the Soul: Persona daripada kumpulan BTS dikatakan mempunyai petunjuk? Apakah petunjuk tersebut?