MUNGKINKAH filem fiksyen Armageddon akan menjadi nyata?
Ketika dunia kini cemas dan berjaga-jaga dalam mengekang penularan wabak koronavirus (COVID-19), dilaporkan bakal berlaku kejadian lebih dahsyat yang mungkin menyebabkan kemusnahan dalam skala besar.
Bumi dipercayai akan berselisih dengan sebuah asteroid gergasi pada Sabtu, sekitar jam 7.05 pagi waktu Malaysia, lapor portal Herald.
Saiz asteroid itu difahamkan lebih besar daripada bangunan tertinggi di muka bumi ini iaitu Burj Khalifa.
Asteroid itu dikatakan bergerak pada kelajuan 34,000 batu sejam dengan jarak paling hampir dari bumi sejauh 15 kali jarak bumi dengan bulan.
Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengklasifikasikan "asteroid pembunuh" itu sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).
Berukuran diameter 990 meter, pelanggaran dengan asteroid itu pastinya menyebabkan bencana besar dan seterusnya kepupusan.
Namun, menurut NASA, asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi dengan jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi di mana pergerakan itu tidak akan menyentuh bumi.
"Tiada bahaya," kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada Herald.
“Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” katanya lagi.
Dijangkakan juga 'pertembungan' asteroid paling hampir seterusnya akan berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 apabila asteroid Apophas menghampiri bumi.
Struktur sepanjang 300 meter itu akan berada hampir dengan bumi, tetapi tidak akan menghentam bumi dan menyebabkan kemusnahan, jelas NASA.
Agensi
Fri Feb 14 2020

Bumi dipercayai akan berselisih dengan planet asteroid yang kelihatan seperti batuan ruang angkasa biasa pada Sabtu sekitar pukul 6.05 pagi (7.05 petang waktu Malaysia). Gambar fail
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Asteroid gergasi dijangka 'menghentam' bumi esok? Ini penjelasan NASA
Bumi dipercayai akan berselisih dengan planet asteroid yang kelihatan seperti batuan ruang angkasa biasa pada Sabtu sekitar pukul 6.05 pagi (7.05 petang waktu Malaysia).

Satu Hari di Tahun 2013
Hari itu, 15 Februari 2013, saya juga menonton filem, tajuknya Armageddon. Secara ringkas, filem lakonan Ben Affleck dan Bruce Willis itu adalah tentang asteroid dan ramalan hari pengakhiran.