BEDILAN roket dilaporkan berlaku di tengah-tengah bandar Baghdad dan di pangkalan udara tentera Amerika Syarikat (AS).
Ledakan itu dipercayai berlaku sebagai langkah tindak balas ekoran serangan udara AS yang meragut nyawa komander keselamatan dan perisikan Iran, Jeneral Qassem Soleimani.
Media tempatan melaporkan beberapa buah roket dijatuhkan di tengah bandar Baghdad serta beberapa kawasan di sekitarnya, termasuk pangkalan udara tentera AS yang terletak kira-kira 80 kilometer di utara negara itu pada petang Sabtu.
Tentera Iraq berkata serangan ke atas bandar dan beberapa kawasan Zon Hijau itu berlaku selepas isu pembunuhan Jeneral Iran, Soleimani mula mencuri perhatian.
Antara kawasan Zon Hijau yang disasarkan termasuk bangunan kerajaan, bangunan Kedutaan AS serta pangkalan udara tentera AS yang menempatkan ramai tentera AS di Iraq.
Pihak keselamatan memberitahu agensi berita AFP bahawa beberapa buah dron telah dihantar ke kawasan serangan bagi mengenal pasti dan menyiasat arah serangan itu dilakukan.
Pihaknya juga turut menambah kekuatan keselamatan ekoran pertelingkahan kes pembunuhan Soleimani.
“Kami telah meningkatkan pertahanan dan keselamatan di pangkalan Iraq.
“Kami meletakkan keselamatan ketenteraan kami sebagai keutamaan. Kami akan terus berwaspada,” kata jurucakap tentera pakatan Kolonel Myles Caggins III.
Dalam pada itu, tentera Iraq turut memberitahu tiada mangsa dilaporkan maut dalam serangan tersebut.
Agensi berita Reuters melaporkan pihak polis memaklumkan lima orang disahkan cedera dalam kejadian yang berlaku di dalam Zon Hijau itu.
Lapor saluran televisyen al-Mayadeen, sebelum ini pihak militant Kataib Hezbollah Iraq memberi amaran kepada pasukan keselamatan Iraq untuk menjauhkan diri dari pangkalan AS di Iraq bermula pada petang Ahad.
Iran bersumpah untuk menuntut bela kematian Soleimani yang disasarkan AS serta memberi amaran bahawa Washington dan Tehran akan berada dalam ambang peperangan besar yang tidak lama lagi dijangka berlaku di Timur Tengah.
Kematian Soleimani telah menyebabkan ketegangan serantau dan turut mencetuskan kebimbangan orang ramai khususnya Amerika Syarikat atas kemungkinan serangan balik terhadap kedutaan dan pangkalan tentera AS yang ditempatkan di Iraq.
Selepas kematian Soleimani, NATO menggantung misi latihannya untuk tentera di tentera Iraq, mengatakan bahawa kebimbangan keselamatan terhadap kakitangannya adalah "paling utama."
Agensi
Sun Jan 05 2020
Insiden yang mengorbankan Soleimani di lapangan terbang Baghdad ini dipercayai punca serangan balas oleh pihak Iran. -Twitter/@Ehab8Alobaidy
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chin Minh City susulan isu teknikal
Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur hari ini dilencongkan susulan isu teknikal semasa penerbangan.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Ilmu pertanian itu penting - Rosyam Nor
Akibat kekurangan ilmu, pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor pernah dua kali mengalami kegagalan ketika pembabitan awalnya dalam sektor pertanian.
Lebih 100 'mat rempit' diarah tolak motosikal
Lebih 100 penunggang motosikal terpaksa menolak motosikal kira-kira sejauh satu kilometer selepas dikepung di Senawang, Seremban.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
GV11: Hetty Koes Endang gembira dapat kembali sebagai juri
Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang mengharapkan setiap peserta Gegar Vaganza musim ke-11(GV11) tidak tertekan semasa bertanding.
AWANI Ringkas: Kim Swee beri kenangan terakhir di Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei dipecat dan dikenakan tindakan undang-undang
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Feisal Eusoff Patail dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan dibuat berikutan Feisal dikatakan mencabar kuasa diraja dan tindakan undang-undang juga bakal dikenakan.
Tindakan pemecatan dikatakan ada kaitan selepas tular video beberapa pemain brunei melawat kelab malam di Krasnodar, selepas kekalahan besar skuad Brunei 0-11 kepada Rusia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, minggu lalu.
Keputusan dibuat berikutan Feisal dikatakan mencabar kuasa diraja dan tindakan undang-undang juga bakal dikenakan.
Tindakan pemecatan dikatakan ada kaitan selepas tular video beberapa pemain brunei melawat kelab malam di Krasnodar, selepas kekalahan besar skuad Brunei 0-11 kepada Rusia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, minggu lalu.
KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.
Baghdad diserang, pangkalan udara dan kedutaan AS antara sasaran
Bedilan roket dilaporkan berlaku di tengah-tengah bandar Baghdad dan di pangkalan udara tentera Amerika Syarikat (AS).