MUZIUM patung lilin terkemuka, Madame Tussauds London telah mengambil keputusan mengalihkan patung Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle daripada barisan patung keluarga diraja British.
Kata jurucakap muzium itu melalui pautan Twitter, keputusan itu diambil bagi menghormati keputusan mereka serta menggunakan tanda pagar #Megxit.
Ini sehubungan kekecohan yang semakin memuncak susulan keputusan Putera Harry dan Meghan untuk berundur daripada barisan hadapan tugas diraja British, tanpa berbincang dengan Ratu Elizabeth II.
Dalam satu kenyataan, pasangan itu menegaskan keputusan itu diambil sebagai usaha untuk bebas dari segi kewangan dari monarki Britain.
“Kami berputus untuk membuat perubahan tahun ini untuk membentuk peranan baharu yang lebih progresif dalam institusi tersebut. Namun, kami masih memberi sokongan kepada Ratu Elizabeth II," menurut kenyataan, pada Khamis.
Duke dan Duchess Sussex itu telah merancang sejak beberapa bulan lalu untuk menghabiskan masa membesarkan putera sulung mereka, Archie Harrison di Amerika Utara dan Britain.
Namun, keputusan pasangan itu bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga diraja.
Susulan pengumuman mereka, Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan itu masih berada pada tahap awal perbincangan dan memerlukan lebih banyak masa kerana ia merupakan isu yang rumit.
Reuters juga melaporkan bahawa Istana tidak menjangkakan keputusan mereka dan kini sedang bekerjasama dengan kerajaan untuk mengemukakan penyelesaian kepada isu ini dalam beberapa hari akan datang.
Terbaharu, pasangan itu dijangka berpindah ke Kanada.
Menurut pakar keselamatan, ia dipercayai bahawa kerajaan Kanada mempunyai kewajipan undang-undang untuk memberi perlindungan keselamatan atas status diraja mereka.
Namun, Reuters melaporkan, ia dijangka menelan perbelanjaan tinggi kerajaan Kanada.
Nailah Huda
Fri Jan 10 2020

Patung lilin keluarga diraja Britain yang 'kelihatan kosong' di sebelah kanan Ratu Elizabeth II apabila Madame Tussauds London mengalihkan patung Putera Harry dan Meghan Markle. Foto - Twitter Madame Tussauds London

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bahana #Megxit, patung Harry, Meghan di Madame Tussauds 'hilang'
Susulan keputusan pasangan diraja itu untuk mengundur diri daripada urusan keluarga diraja, patung mereka dialih di muzium Madame Tussauds London.