Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar tidak memandai-mandai dalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Tegas Haider “tidak ada pihak yang boleh membuat keputusan sendiri berkaitan isu di Asia Barat.”
Dalam kenyataannya kepada media pada Selasa, Haider menegaskan kerajaan Iraq menolak sekeras-kerasnya cadangan Trump bagi memindahkan Kedutaan AS ke kota suci itu.
Trump memberitahu Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa, beliau berhasrat memindahkan Kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis, menyalahi polisi AS selama beberapa dekad yang menyatakan status bandar itu mesti diputuskan dalam perundingan dengan rakyat Palestin.
Beliau pada masa sama beliau memberi amaran cadangan berkenaan sekiranya dilaksanakan akan memberi kesan buruk kepada kestabilan bukan hanya di rantau berkenaan malah akan membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam.
Justeru beliau menggesa semua negara Islam memainkan peranan masing-masing dalam memastikan hasrat Trump ini tidak akan dapat direalisasikan.
Tindakan kontroversi Trump itu hakikatnya bukan isu baharu kerana beliau dalam kempen pemilihan presiden sebelum ini telah berjanji akan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis sekiranya terpilih menduduki White House.
Astro Awani
Tue Dec 05 2017
HAIDER: Tidak ada pihak yang boleh membuat keputusan sendiri berkaitan isu di Asia Barat. REUTERS / Fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Liga Arab desak Majlis Keselamatan PBB hentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin
"Deklarasi Balfour terus menjadi luka yang mendalam dalam hati nurani manusia akibat Nakba yang dialami oleh rakyat Palestin."
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Pihak berkuasa AS beri amaran mengenai campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya
Rusia dipersalah berkaitan video "individu yang mendakwa berasal dari Haiti dan menyamar untuk mengundi di beberapa daerah di Georgia".
Kiddocare: Transforming Childcare with Tech, Trust and Empowerment
On-demand platform Kiddocare is not only meeting the rising need for flexible childcare solutions but also empowering women by creating real job opportunities in a sector often viewed as informal. Founder and CEO Nadira Yusoff takes us through her exciting plans to launch childcare centres and expand regionally, all while striving to professionalise the childcare industry.
Harris boneka Biden, Trump lebih bijak tangani konflik global - Penganalisis
Beberapa konflik global terutama isu di Gaza serta kemelut Rusia-Ukraine dijangka dapat diselesaikan segera sekiranya calon Republikan, Donald Trump memenangi Pilihan Raya Presiden AS, 5 November ini.
AS umum hantar lebih banyak pasukan, aset tentera ke Asia Barat di tengah ketegangan
Amerika Syarikat umum untuk menghantar lebih banyak pasukan serta aset ketenteraan ke Asia Barat bagi menangani peningkatan ketegangan di rantau itu.
Taufan Helene: Sampah sarap penuhi sepanjang jalan menuju pusat mengundi Asheville
Timbunan sisa sampah, kaca, dan kotak kadbod memenuhi sepanjang jalan raya menuju salah sebuah lokasi pusat mengundi utama di Asheville berikutan Taufan Helene pada Jumaat.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan.
Lebih 62 juta rakyat Amerika undi awal menjelang pilihan raya
Lebih 62 juta rakyat Amerika mengundi awal dengan lima hari lagi menjelang Pilihan Raya, menurut data yang diterbitkan pada Khamis.
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
Hubungan ekonomi AS-Malaysia wujudkan 312,000 pekerjaan baharu - Kaunselor Ekonomi
Syarikat Amerika telah mengumumkan lebih RM200 bilion pelaburan baharu sejak 2021, dengan 72 peratus datang daripada syarikat Fortune 500.
Pengundi Latin penting, Trump tidak buka jalan warganegara - Harris
Timbalan Presiden itu juga menyatakan hasratnya untuk bekerja sama dengan Presiden baru Mexico, Claudia Sheinbaum.
Fethullah Gulen yang didakwa dalang cubaan rampasan kuasa di Turkiye meninggal dunia
Gulen, menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun, meninggal dunia pada petang Ahad di sebuah hospital di Pennsylvania.
“Saya mempunyai kewajipan bertanding jawatan Presiden” - Donald Trump
Trump mendakwa, Amerika Syarikat mempunyai "sempadan terkuat" di bawah pentadbirannya.