Operasi mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand berakhir pada Selasa selepas semua 13 mangsa berjaya dikeluarkan.
Kesemua mereka terperangkap lebih empat kilometer di dalam gua berkenaan, menjadikan misi menyelamatkan mangsa berdepan pelbagai cabaran.
Sebelum ini, Astro AWANI pernah berkongsikan gambaran situasi operasi menyelamat yang membabitkan beberapa kaedah yang banyak dibincangkan media seluruh dunia.
Biarpun ada bantuan teknologi moden cuba melengkapkan usaha menyelamatkan mangsa, tetapi akhirnya pihak berkuasa Thailand memilih untuk menggunakan kaedah paling asas sebagai yang paling berkesan untuk mengeluarkan semua mangsa.
Mangsa dibawa seorang demi seorang dengan bantuan dua penyelam profesional yang terdiri daripada pasukan penyelam Thai Navi SEAL serta penyelam antarabangsa.
Mangsa diberikan ubat penenang bagi memudahkan operasi mengeluarkan mereka.
Pasukan penyelamat dengan kekuatan 25 penyelam mengiringi mangsa dengan membawa tong oksigen sebagai sokongan serta dibantu tali kecemasan sebagai rujukan laluan keluar.
Seorang lagi pasukan keselamatan akan berada di belakang mangsa sebagai sokongan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Proses ini ada risiko tersendiri tetapi ia pilihan terbaik berbanding beberapa cadangan lain yang pernah difikirkan sebelum ini.
Empat mangsa terakhir bersama jurulatih berjaya dikeluarkan lewat petang Selasa dan kini semua mangsa diberi rawatan di hospital.
Kesemua mereka dikuarantin sementara, diberi makanan lembut serta tidak dibenarkan untuk menonton televisyen.
Rawatan ini adalah sebahagian daripada proses pemulihan fizikal dan mental selepas lebih dua minggu terperangkap di gua berkenaan.
Agensi
Wed Jul 11 2018
Lebih 25 penyelam bertungkus-lumus mengeluarkan semua 13 mangsa di gua Tham Luang - Foto Instagram/ @mikkokohtaodivers
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India dinaik taraf secara berfasa - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kawasan gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India di ibu kota ini secara berfasa sebagai usaha berterusan meningkatkan keindahan, kebersihan dan daya tarikan ke kawasan itu.
Mahkamah Thailand jamin prosiding akan berjalan pantas
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
Lisa Surihani masih berlakon, pilih naskhah punya nilai keagamaan
Pelakon terkenal Lisa Surihani mengakui sengaja memilih langkah itu untuk bersikap selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya.
Lawatan kerja UAE: Buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Perdana Menteri menyifatkan lawatan pertamanya ke luar negara tahun ini di Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuahkan kejayaan yang sangat bermanfaat untuk rakyat dan negara.
Malaysia perlu belajar daripada UAE pacu AI dan blok rantai
Malaysia disarankan mempercepatkan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai (blockchain) dalam sektor awam, memanfaatkan kejayaan UAE sebagai panduan. Langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan daya saing global. Kerajaan Malaysia diharapkan dapat memanfaatkan pendekatan strategik UAE untuk mengukuhkan transformasi digital negara dan meningkatkan daya saing di peringkat global.
Begini caranya operasi keluarkan mangsa di Gua Tham Luang
Kesemua mereka terperangkap lebih empat kilometer di dalam gua berkenaan, menjadikan misi menyelamatkan mangsa berdepan pelbagai cabaran.