Bekas Wanita Pertama Indonesia, Kristiani Herrawati atau lebih dikenali sebagai Ani Yudhoyono meninggal dunia pada 11.50 pagi Sabtu di Singapura.
Isteri kepada Presiden Indonesia keenam, Susilo Bambang Yudhoyono, itu berusia 67 tahun.
Ani bertarung nyawa menghidapi barah darah dan telah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura (NUH) sejak Februari lalu.
Kesihatannya dilaporkan merosot sejak Khamis lalu dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana suhu badannya yang meningkat.
Ani yang menjadi Wanita Pertama Indonesia dari tahun 2004 hingga 2014 merupakan penyokong kuat kerjaya politik suami dan anak-anaknya, Agus Harimurti dan Edhie Baskoro.
Beliau dikenali sebagai seorang yang cukup meminati dunia fotografi dan aktif di Instagram di mana beliau turut berkongsi cerita kepayahan beliau melawan kanser.
Selain suami dan dua anak, Ani turut meninggalkan empat orang cucu.
Agensi
Sat Jun 01 2019
Ani Yudhoyono meninggalkan suami, Susilo Bambang Yudhoyono, dua orang anak dan empat orang cucu. - REUTERS/Fail
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
Indonesia berduka, jenazah Ani Yudhoyono disemadikan di Makam Pahlawan
Allahyarham diberikan penghormatan terakhir, dengan istiadat pemakaman ketenteraan itu turut disiarkan secara langsung televisyen tempatan.
Dr Wan Azizah ucap takziah atas pemergian Ani Yudhoyono
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas wanita pertama Indonesia.
Bekas Wanita Pertama Indonesia meninggal dunia
Kristiani Herrawati atau lebih dikenali sebagai Ani Yudhoyono, meninggal dunia pada 11.50 pagi Sabtu di Singapura.
Ani Yudhoyono hidap kanser darah, dirawat di Singapura
Susilo Bambang Yudhoyono sahkan isteri beliau, Ani Yudhoyono hidap kanser darah.