Stesen televisyen N1TV dari Hungary memecat serta merta seorang jurukamera wanitanya, Petra Lazlo kerana dirakam bertindak menendang serta membentes beberapa pelarian Syria ketika sedang bertugas.

Memetik laporan portal Telegraph, perkara tersebut telah diumumkan melalui satu kenyataan media, berbunyi: “Kakitangan N1TV melakukan perbuatan yang tidak boleh diterima di Roszke. Hubungan kerja kami dengan jurukamera wanita itu sudah berakhir.”

Difahamkan, rakaman itu dibuat dengan tidak sengaja oleh beberapa jurukamera stesen televisyen lain ketika bertugas berhampiran sempadan serbia.

Dalam rakaman video tersebut, jurukamera berkenaan dengan jelas dilihat membentes beberapa pelarian yang sedang melarikan diri dari pihak polis, termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

Tindakan jurukamera itu mendapat perhatian meluas media selepas seorang wartawan German, Stephan Richter memuat naik video itu di laman Twitternya.


Bukan itu sahaja, Petra Lazlo juga mengundang cemuhan di media sosial, dengan kebanyakan netizen mengkritik perbuataan wanita yang tidak berperikemanusiaan itu.







Ketika ini ratusan pendatang merempuh sempadan utama garisan polis pada Selasa.

Pelarian tersebut adalah sebahagian daripada 1,500 warga Syria yang menunggu berjam-jam di pusat kem pelarian berhampiran Roszke, Hungary.