Negara sudah memulakan sumbangan secara aktif ke arah membentuk agenda serantau dan global untuk kepentingan bersama.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata faktor pengekalan dasar luar yang baik berasaskan kepada keperluan untuk melindungi kepentingan negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dilihat asas misi itu tercapai.
"Dua minggu yang lalu, saya telah mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Amerika Syarikat-ASEAN di Sunnylands, California, untuk memperingati kenaikan taraf hubungan dialog ASEAN-AS kepada perkongsian strategik.
"Sidang penting ini telah berlangsung dengan jayanya dan produktif. Tanpa syak lagi, ia merupakan pengiktirafan oleh AS terhadap kepentingan diplomatik, ekonomi dan strategik ASEAN di rantau Asia Pasifik dan seterusnya di seluruh dunia.
"Sebagai negara penyelaras bagi hubungan ASEAN-Amerika Syarikat, Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam memastikan penghasilan yang positif semasa sidang kemuncak tersebut.
"Malah, pemimpin-pemimpin negara berkenaan telah memberi pengiktirafan tinggi terhadap sumbangan dan kepimpinan negara dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya, sidang itu telah memberi gambaran jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman,stabil dan makmur sekali gus bertentangan dengan dakwaan tidak berasas baru-baru ini yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai negara.
"Selain daripada itu, Malaysia masih diberi penghargaan dan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.
Kesemua ini adalah berasaskan kepada fakta berhubung kestabilan ekonomi negara.
"Angka pertumbuhan Malaysia baru-baru ini, yang telah melepasi jangkaan, adalah petunjuk yang nyata bahawa ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh dan berdaya tahan.
"Di peringkat global pula, pemilihan Malaysia sebagai salah satu daripada ahli-ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015-16 jelas mencerminkan kredibiliti Malaysia di peringkat antarabangsa," jelasnya.
Dalam pada itu tegas Anifah, negara juga bersama-sama memikul tanggungjawab dengan negara-negara lain serta memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu di bawah bidang kuasa majlis keselamatan.
"Inisiatif Malaysia dalam menganjurkan perjanjian damai Bangsamoro di Selatan Filipina dan menjadi orang tengah rundingan damai di Selatan Thailand, sebagai contoh, mencerminkan komitmen dan sumbangan Malaysia ke arah untuk memastikan keamanan dan kestabilan serantau.
"Kita juga secara aktif menyumbang ke arah untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap Proses Damai Timur Tengah, penyertaan aktif Malaysia dalam isu-isu berkenaan situasi di Syria dan Yemen terutamanya melalui penglibatan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Kita turut bimbang dengan ancaman radikal yang semakin meningkat, pelampau dan pengganas, termasuk ancaman yang ditimbulkan oleh Islamic State dan sekutu-sekutunya di Syria dan Iraq.
"Ancaman-ancaman kini yang sangat nyata telah mendorong Kerajaan Malaysia untuk menggubal Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Langkah-langkah Khas terhadap Keganasan dalam Akta Negara Asing, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara," ujarnya.
Katanya lagi, beberapa pendekatan halus yang digunakan seperti memulakan Pusat Serantau Bahagian Komunikasi Strategik Digital (BKSD) menjadi sebahagian daripada sumbangan penting dalam usaha-usaha serantau dan antarabangsa unutk menangani ancaman kumpulan IS, radikal dan pelampau.
Astro Awani
Thu Mar 03 2016

ANIFAH: Faktor pengekalan dasar luar yang baik berasaskan kepada keperluan untuk melindungi kepentingan negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dilihat asas misi itu tercapai. -Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Bentuk agenda serantau untuk kepentingan semua - Anifah
Negara sudah memulakan sumbangan secara aktif ke arah membentuk agenda serantau dan global untuk kepentingan bersama.