KEMASYHURAN single Ddu-Du-Ddu-Du telah memberikan motivasi kepada kumpulan tersohor K-pop, BLACKPINK untuk muncul dengan sebuah naskhah baharu yang disasarkan untuk mengekalkan kedudukan mereka di persada muzik antarabangsa.
Di media sosial, ramai yang menyuarakan rasa tidak sabar menunggu detik pelancaran album baharu BLACKPINK, “Kill This Love” pada 5 April ini.
Seharusnya, berita pelancaran album itu sudah pastinya menjadi berita baik buat kumpulan peminat tegar BLACKPINK iaitu BLINK.
Bagaimanapun, reaksi sebaliknya yang kedengaran apabila BLINK dilaporkan kurang yakin dengan kemampuan lagu-lagu yang dimuatkan dalam "Kill This Love".
Kebanyakan peminat ragu-ragu selepas mereka hanya disajikan dengan lima lagu baharu termasuk sebuah ‘Ddu-Du-Ddu-Du’ versi ‘remix’.
Dalam erti kata lain, album baharu BLACKPINK itu hanya memuatkan empat buah lagu baharu sahaja.
Walaupun sesetengah peminat meluahkan rasa kecewa mereka terhadap senarai lagu, BLINK tetap tidak sabar menunggu keluaran lagu baharu itu dan tetap meraikannya.
Peminat juga berharap bahawa pengumuman tentang senarai lagu yang dikeluarkan oleh YG Entertainment itu adalah sahih dan tidak dijadikan bahan untuk ‘April Fools’.
Setakat ini, keluaran video teaser daripada tiga anggota BLACPINK, iaitu Lisa, Jennie dan Jisoo telah dikongsikan di laman Twitter rasmi (ygentofficial) sudah mencecah sejuta tontonan bagi setiap satu video teaser itu.
Agensi
Tue Apr 02 2019
"Kill This Love" merupakan mini album daripada BLACKPINK yang hanya memuatkan lima buah lagu, termasuk 'Ddu-Du-Ddu-Du' versi 'remix' dan bakal dilancarkan pada 5 April. Gambar Instagram @blackpinkofficial
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott
Antara babak dalam video muzik yang didakwa ketara 'diciplak' team Lisa adalah pada bahagian penari latar memakai serba putih.
Lagu baharu Lisa BlackPink trending dengan 52 juta tontonan dalam 2 hari
Rockstar memperlihatkan kemampuan Lisa yang mampu menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop bertenaga dengan baik menerusi lagu yang diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee itu.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.
BLACKPINK jadi tetamu kehormat Istana Buckingham
Anggota BLACKPINK hadir ke majlis berkenaan dengan gaya tersendiri.
Ada sebab selebriti bergelut dengan masalah kesihatan mental - Rose BLACKPINK
Rose muncul dalam program kesedaran kesihatan mental yang dihoskan oleh wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden, pada Jumaat.
"Kami masih berbincang" - Agensi nafi Lisa Blackpink tolak tawaran kontrak baharu
Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan perbincangan antara kedua pihak masih berjalan.
BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.
Raih 90 juta 'subscriber' YouTube, BLACKPINK cipta sejarah lagi
BLACKPINK terus mencipta sejarah dalam kerjaya seni mereka apabila menjadi artis pertama meraih jumlah 'subscriber' tertinggi di saluran YouTube.
Lagu 'Flower' Jisoo BLACKPINK paling laris di China
Anggota kumpulan BLACKPINK, Jisoo terus meraih perhatian ramai apabila lagu solonya berjudul Flower mencipta kejayaan demi kejayaan.